Masihkah kau ingat?

Masihkah kau ingat?
Saat pertemuan pertama kita
Girang menanti bermulanya
Entah apa tujuan tidak tahu
Tapi hati tenang
Terasa gembira dan seronok
Indahnya pertemuan kerana aqidah.

Moga kita sama-sama syahid di jalan ini.
Sama-sama menikmati syurga yang mahal!

Masihkah kau ingat?
Saat kita berkumpul di petang jumaat
Kebisingan kita
menggelamkan hiruk pikuk mereka yang mahu pulang bermalam
Bersama kita mulakan perjalanan
Merentas ladang-ladang kelapa sawit
Bas berganti bas
Komuter berganti stesen
Penat berjalan usah dikira
Tujuan kita sama
Meraih ilmu untuk hari ITU.

Masihkah kau ingat?
Duduk kita mendengar taujih masyaih kita
Kadangkala terlena dek keletihan perjalanan
Tekun kita mengaji AQ
Menelaah helaian demi helaian kitab-kitab dakwah
Menganalisa satu per satu sejarah agung Islam
Sungguh indah perasaan ini.

Masihkah kau ingat?
Kegirangan menanti hujung minggu
Kerna akan ada lagi dauroh
Kerna bakal menyental kuda kecil hijau yang ‘baru’
Kerna akan ‘berjalan’ merentas kota
Mencari para mad’u logam
Susah payah perjalanan
Letih penat besiap
Segalanya hilang dek kemanisan ukhuwwah bersama
Sungguh rindu kerja itu.

Masihkah kau ingat?
Kata-kata pujaan kita
Islam pasti menang!
Dakwah perlukan kita!
Nahnu dhuat qobla kulli syai’
Masihkah ingat kata-kata ini?
Itu bicara kita
Ya!
Bicara kita
KITA!

Masihkah kau ingat?
Betapa takutnya kita
Iman turun dan naik
Jahiliyyah masih menebal
Hasutan syaitan bertali arus
Tapi kita ada ‘ijlis bina nu’min saah’
Yang turun akan sama-sama dinaikkan
Yang jatuh akan sama-sama diangkat
Yang jauh akan sama-sama didekatkan
Moga menjadi penguat dari tercicir dari kabilah ini
Rindu semangat kita bersama.

Masihkah kau ingat?
Duit tidak seberapa
Tapi habis diinfak
Penat berlari mencari sumber kewangan
Walau kalah
Hasil tak nampak
Tapi ukhuwwah terjalin
Tapi kenangan mencipta memori indah
Tapi usaha membuah iman
Kagumi usaha kalian.

Masihkah kau ingat semua ini?
Ingat ini bukan cerita dongeng
Ingat ini bukan kisah orang lain
Ingat ini bukan cerita dahulu berkurun lama
INI CERITA KITA
Di sini kita bermula…

Rindu?

Rakan.
Aku takut….

Dek mengharungi kepayahan meraih al ijazah kita terlupa tuntutan ar risalah.

Dek menikmati keselesaan hidup kita terlalai dari kepayahan syahadah kita.

Dek merasai kemewahan dunia kita hanyut menjauhi kemiskinan dakwah kita.

Dek kerinduan pada keluarga dan rumah memadamkan bara ukhuwwah fissabilillah.

Rakan.
Aku membicarakan tentang kita.
Andai kau lihat aku menjauhi kerja kita, tegurlah
Andai kau lihat aku lalai dan alpa, kejutkanlah
Andai kau lihat aku sambil lewa, heret dan kerjakanlah.

Biasalah…

Disini berbincang macam-macam:
mad’u
mutarobbi
tajmik
muntij

disana juga hangat berbincang:
mutasaqitun
kasal kadwi
ghurur

sini sana sibuk berbincang
tak henti
tak putus
akan terus.

Yang sengsara
menahan sebak
sedih pilu

Mengapa?
kerana simpati
kerana kasih
kerana iman!

Ada dan hilang
ketetapan Dia

Muncul dan lesap
pilihan Dia

Hidayah
bukan kita yang bagi.

 Yang penting
Usaha sekuat mampu

Yang dinilai
Usaha seikhlas boleh

Hasil?
Itu hak Allah.
Kita?
Mohon ganjaran usaha kita.

 

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk.      (28:56)

أَفَمَن زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا ۖ فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي مَن يَشَاءُ ۖ فَلَا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرَاتٍ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayat kepadanya atau sebaliknya?) kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.    (35:8)

 

Mohon Doa.
Masih ada 3 exam.
Moga Allah berkati dan redhai.

Inni uhibbukum filah!

 

Buat Ibu dan Ayah

Selamat Hari Ibu ibu dan Selamat Hari Jadi ayah!

Buat ibu dan ayah,
Tiada apa yang dapatku berikan buat masa kini
Selain doa tanpa henti agar Allah memberikan balasan setimpal terhadap mu berdua
Sepertimana ibu dan ayah telah membesarkan ku sedari kecil.

Buat ibu dan ayah,
Setiap kesalahan
Setiap kekasaran
Setiap kelancangan
Setiap kesilapan
Ku mohon ampun
Moga hilang parut hati yang pernah terguris.

Buat ibu dan ayah,
Maaf jika aku mengecewakan
Maaf jika aku bersikap jelik
Maaf jika aku kurang memahami
Moga setiap dosa dan kesalahan ku diampunkan.

Buat ibu dan ayah
Tiada apa yang ku minta
Hanya doa dan restumu
Hanya sokongan dan kebersamaan mu
Perjuanganku
Perjuangan kita
Perjuangan haq
Yang tidak akan pernah henti
Ganjarannya yang satu
Walau satu tapi pasti
Syurga.

Lagu mengiringi

Ayuh usroh!

Soalan skema(SK): Apa itu usroh?
Jawapan skema(JK): Dari segi bahasa maksudnya keluarga. Dari segi istilah kita semua nih ibarat suatu keluarga yang ingin meraih mardhotillah. Dalam satu keluarga kita harus sentiasa bantu-membantu dan saling menasihati. Sebab tu ISHAB kata rukun usroh terdiri daripada Taaruf, Tafahum, dan Takaful.

Masih segar dalam ingatan apabila diperkenalkan dengan term usroh sejak  di MRSM. Tapi usroh yang kufahami tika itu jauh bezanya dengan sekarang. Masih kuingat ketika kuditanya oleh HEP terchenta:

Apa objektif usroh yang kamu nak laksanakan ni?
Apa manhaj kamu gune?
Apa kitab kamu refer?

Jawapan ku: Muka tercengang! Otak berputar laju mencari jawapan. Tapi istilahnya terlalu jauh untuk kufahami ketika itu. Tiada jawapan. Namun proposal diterima. Usroh jalan! Tapi apa itu usroh?

Kurang lebih 2 tahun di Qber aku mengenali usroh bersama rakan-rakanku yang diketuai oleh beberapa lepasan maahad. Terlalu thiqoh kepada mereka. Apa saja kata mereka kuterima. Aktiviti yang disangka usroh itu berjalan terus tanpa seorang pon yang benar-benar memahami apa itu usroh! Ikut suka hati. Tiada syllibus. Yang penting ia berjalan dan suka-suka. Hasilnya? Ntah. Aku sendiri sukar memberikan penilaian terhadap usaha tersebut. Moga ada kebaikan dan manfaat bagi setiap insan yang terlibat. Sekurang-kurangnya bagi diriku sendiri, ia menjadi batu loncatan untuk mengenali usroh kini.

Masa terus berlalu dan akhirnnya aku bertemu pula usroh version lain. Setelah sekian lama mengikutinya, aku ditanya secara spontan:

Akram. Apa kamu dah dapat sekarang?

Sekali lagi aku seakan-akan sukar untuk menjawab. Secara jujur aku tidak rasa telah banyak yang ku pelajari. Dalam fikiranku, sepatutnya jika benar-benar mengikuti usroh, semua hukum-hakam telah dikuasai. Semua bidang fiqh sudah aku lalui. Fikirku begitu. Naqibku cuba memberikan jawapan:

Paling kurang pemikiran(fikrah) sudah berubah, betul? Neraca pertimbangan sudah semakin matang dan rasional.

Getus hatiku: Betullah tu tapi jika hanya itu, tak perlu berusroh pun takpe! Seketika merasa kurang yakin dengan usroh. Hanya kerana mungkin tidak melihat ada peningkatan pada diri. Hakikatnya aku bernaqibkan orang yang hebat-hebat belaka. Mereka semua murobbi yang telah banyak melahirkan para mujahid dakwah yang bertebaran dimuka bumi. Malah syllibus yang digunakan bukan calang-calang. Digaris dan dinilai oleh barisan ulama’ terkemuka.

Persoalan penting ketika itu:

Mengapa aku masih di takuk sama sedangkan aku berusroh setiap minggu siang dan malam?

Sepanjang penagalamanku kini, ada beberapa jawapan yang dpat ku berikan:

  1. Usroh bukan majlis ta’lim. Usroh bukan semata-mata meluahkan ilmu kepada mutarobbi. Tapi usroh membina fikroh. Membina dan membimbing cara fikir yang betul. Melahirkan seorang individu yang mampu untuk meterjemahkan setiap ilmu yang ada kepada amal. Pemahaman yang betul terhadap konsep usorh perlu difahami dengan jelas. Barulah kita dapat merasai roh usroh tersebut. Mentaliti yang salah menyebabkan diri akan sentiasa ragu-ragu dan suka memberontak.
  2. Usroh bukan magic! Jika hanya mengharapkan naqib yang hebat untuk mengubah diri kita, maka kita berada di tempat yang salah. Bukan naqib yang mengubah kita! Tapi kita yang perlu berubah. Naqib hanya naqib. Membantu memberikan panduan. Ketika naqib itu bergelar naqib, dia juga sebenarnya seorang mutarobbi. Dia berusroh dan mengusroh!
  3. Tarbiyyah dzatiyyah penting! tarbiyyah kendiri itu lebih utama. Kita perlu menjadi naqib kepada diri sendiri. Perlu lebih proaktif. Perlu merancang pembangunan diri sendiri. Kemudian segalanya dimuhasabah di dalam usroh. Sebab itu kita ada mutabaah amal. Untuk melihat progress diri sendiri.
  4. Hubungan naqib dan anak usroh bukan sekadar didalam liqo’. Hubungannya perlu setiap masa di mana sahaja. Pernahkah anda saling mendoakan antara satu sama lain? Jika tidak, apa itu nilai ukhuwwah?

Sekadar coretan dikala exam semakin hampir, due kerja juga sudah hampir.

AYUH KE USROH KITA SEGERA!

Rindu VS Benci

Aku rindukanmu
Aku rindu syurgamu

Aku benci nerakamu
Aku benci musuh utamaku

Tapi seringkali
Musuh utama itulah yang menjadi penasihat diri

Seringkali
Dialah yang menjadi pemimpin diri

Kata daie
Tapi mana amal dakwi?
 Layakkah digelar daie?

Kata daie
Tapi maksiat menguasai diri
Ukhuwwah hancur penting diri
Akhlak musnah menghina diri
Tiada lain mengfitnah daie 

Aku sering tumpas.
Tapi kenapa begitu pantas?

Aku berusrah
Agar momentum menghalang pasrah
Aku mengusrah
Memberi dan mengambil
Menguatkan diri untuk terus ke depan
Tapi tika itu juga aku tumpas
Kenapa begitu pantas?

Niatku?
Mungkin ikhlas tiada.

Amalku?
Mungkin dihiasi takabbur.

Sudahku?
Mungkin ditutupi dengan riak.

Ilmuku?
Mungkin aku tertipu
Merasa diri cukup
Merasa diri sudah bagus

Dimana perlu aku bermula?
Ya ALLAH
Kau tempat aku meraih belas dan kasih.

Semoga Thabat!

Ada orang..

dulu hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.

bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.

Ada orang..

sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah

bukan apa, kene tadarruj

tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.

Ada orang..

sedap memberi ceramah

liqa’nya menarik dan menolak

bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan

tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,

takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.

Ada orang..

di mana dauroh di situ mukanya

di mana mukhayyam di situl dia

di mana mabit disitu tidurnya

kemana sahaja pasti ada dia

tidak perlukan dia pun masih ada dia

bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah

tapi sayang di medan longlai dan lesu

ke sana kemari hanya kerana suka

juga kerana semangat berpersatuan.

Ada orang..

dulu ligat

kereta hijau di belasah sekuat mungkin

bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’

surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih

tapi sayang

segalanya hanya sejarah

tapi mengapa?

Ada orang..

Ada orang..

Ada orang..

Jangan lupa kita juga orang..

Jangan lupa hidayah bukan milik orang..

Tentunya Allahlah yang memilih orang..

Adakah kita layak?

Untuk dipilih dan terus dipilih.

Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.

Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.

Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.

Jadi AWASI syaiton sekeliling!

Gigit kuat-kuat hidayah ini..

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

(7:175)

Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini

Syaiton menerkam memeluk kau erat!

Siapa rugi?

إِلَّا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(9:39)

Tak pa

pergilah jauh-jauh

seandainya hidup dunia itu ko pilih

pastinya dakwah ini ada penggantinya.

Jika buka kita

Orang lain..

الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر

الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر

 ’ Dunia Ibarat Penjara Mukmin Dan Syurga Orang Kafir’  (Hadith Muslim)

Repost AKU DAN KALIAN.

AKU DAN KALIAN

 

Dimanakah cinta kalian

Di kala aku memerlukan

 

Malam hari kalian ke masjid

Sedang di jalanan aku merempit

 

Kalian sibuk bertilawah taranum Al-Quran

Sedang aku dibiarkan tanpa panduan Al-Quran

 

Malam hari kalian bertahajud menyembah tuhan

Sedang aku bersama rakan berpeleseran

 

Heboh kalian bercerita bab kemungkaran

Sedang aku riang ria dibiarkan mencuri sakan

 

Bersusah payah kalian mencari redha tuhan

Hinggakan aku dipandang hina tanpa kasihan

 

Perempuan motor dan rokok menjadi teman

Kerana kalian terlalu agung untuk diteman

 

Ana enta kalian berkasih sayang

Sedang aku berabang sayang

 

Syurga menjadi matlamat kalian

Hingga aku ke neraka kalian lupakan

 

Cinta kepada tuhan kalian kejarkan

Hingga tiada cinta kepada sahabat kalian

 

Adakah cinta dan syurga Allah hanya milik kalian

Sedang aku dibiarkan tanpa tahu kewujudan?

 

Adakah hidup ini hanya kalian dan tuhan

Tanpa ada hubungan dengan persekitaran?

 

Siang malam kalian berusrah meningkatkan iman

Sedang aku berpesta siang malam laki perempuan

 

Adakah keindahan usrah hanya untuk kalian

Sedang aku dibiarkan maharajalela di jalanan?

 

Kalian begitu selesa

Sedang aku sengsara

 

Andai aku ke neraka dan syurga milik kalian

Akan ku ungkit agar aku bertemankan kalian!

 

Ini adalah antara hasil nukilan pertama penulis. Menggunakan pengalaman sendiri dan kaca mata rakan-rakan yang suatu ketika dahulu bergelumang dalam kehidupan caca merba. Penuh kemaksiatan yang menjijikkan. Penuh kejahiliyahan yang bodoh dan dungu.

InsyaALLAH kami sentiasa berdoa agar hidayah yang dianugerahkan tidak ditarik balik oleh Allah swt. Kami tidak mahu lagi berpaling ke belakang melihat dunia kotor yang telah kami tinggalkan sekian lamanya.

Namun di kala kami mula mengorak langkah kedepan. Walau perlahan tapi pasti. Walau penuh berhati-hati tapi yakin. Tetapi di saat dan ketika inilah kami melihat ada yang seolah-olah mahu memilih jalan kami dahulu yang sudah lama ditinggalkan. Memilih jalan jahiliyyah. Jalan jijik penuh dosa. Walaupun setelah mengenal apa itu hidup sebenar. Benarlah kata-kata sang ulama’. Kamu perlu mengenal jahiliyyah! Supaya kamu tidak tertipu dengannya.

Baru di saat ini penulis memahami mengapa Syed Qutb tidak pernah menyesal walaupun dia mula mendapat kesedaran islamik di umur 40 tahun! Kerana setiap langkah hidupnya dia mengenak jahiliyyah yang dapat digunakan untuk sisa hidupnya di kemudian hari. Syukur dia mati sebagai syuhada’.

Bagaimana dengan kita? Adakah sanggup melihat diri kita dan sahabat andai kita terus lalai dan tertipu dengan permainan dan senda gurau dunia?

Benar perlu mengenal jahiliyah tapi tidak bermakna perlu bersamanya!

Hidup Hanya Sekali?!

Benarkah hidup hanya sekali?

Seringkali mendengar rakan-rakan menyebut,” kita kene enjoy sekarang sebab hidup hanya sekali!”

Mungkin benar hidup di dunia ini hanya sekali. Tetapi perlukah dienjoy sakan sehingga melupakan kematian yang juga berlaku sekali sahaja? Malah selepas mati kita akan hidup kembali selama-lamanya.

Mungkin konsep yang lebih tepat kita enjoy sakan kematian kita! Sebab mati hanya sekali.

Orang enjoy mati insyaALLAH akan enjoy juga kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Ramai orang yang tertipu dengan definisi enjoy dunia. Mereka tertipu dengan makna keseronokan, kebebasan dan keindahan hidup dunia.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? – al-an’am(6:32)

Seorang pembaca dan penghayat Al-quran pasti akan berjaga-jaga dalam memberikan definisi enjoy dunia kerana mereka sedar dan tahu bahawa keindahan, keseronokan dan kegembiraan akhirat itu jauh lebih bermakna. Kehidupan dunia pula hanyalah bersifat sementara. Kehidupan dunia hanyalah medan menunjukkan diri seorang hamba yang patuh dan kasihkan tuannya walau diuji sesusah mana pun.

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); - al-mulk 67:2)

  

Kehidupan dunia :

1. Hanyalah permainan dan senda gurau.

2. Hanyalah medan menguji amal dan kepatuhan kepada Allah swt. 

Tarbiyyah menjadikan aku miskin.

Tarbiyyah::..                         ..::Miskin

Jika tarbiyyah menyebabkan aku miskin dunia maka aku tiada jalan lain selain menerimanya

Jika tarbiyyah memberikan seribu satu kepayahan dunia
maka aku lebih dari redha

Jika tarbiyyah meletihkan dan memenatkan
maka jiwa dan raga aku serahkan

Kerana aku yakin dan pasti
dengan janji kekasihku
pertemuan agung
di syurga
NYA.

 

Kadangkala apabila mendengar keluhan dan rintihan orang yang tidak sanggup menjadi miskin dan papa dunia kerana dakwah dan tabiyyah, diri penulis menjadi tidak keruan. Cukup sedih dan kecewanya hati ini.

Adakah kita masih mahu mengejar kaya harta dunia semata?

Dikala perlu memilih antara kaya dunia dan kaya akhirat,   adakah masih ada pertimbangan mana yang mahu dipilih?

 Benar. Idealnya kita boleh mengejar keduanya. Kita mahu kaya di akhirat dan pada masa yang sama juga mengejar kaya dunia. Islam tidak pernah menafikannya. Malah Islam menghalang kita dari hidup dalam kemelaratan dan meminta-minta.

Tapi apa yang dibicarakan di sini adalah kita tidak mahu harta kekayaan dunia itu lekat kukuh di hati kita. Biarlah ianya sekadar di tangan. Akan dilepas bila-bila masa apabila diperlukan. Akan dihulur tanpa perlu difikir beberapa kali. Kerana tujuannya sudah pasti. Pengorbanan untuk meraih redhaNya.

Lihatlah kisah Mus’ab bin Umair yang lincah berdakwah di bumi Madinah hingga mereka mampu menerima Rasulullah untuk dibina Daulah Islamiyah yang pertama. Mus’ab bukanlah calang-calang orangnya. Kelurganya keluarga berada. Pakaiannya indah. Wangi-wangiannya harum. Hatta Rasulullah saw sendiri mengakui betapa Mus’ab telah dimanjakan oleh ibu-bapanya tanpa ada tandingan di Makkah itu.

Tapi lihatlah. Bagaimana para sahabat yang sedang bersama rasulullah tunduk malu dan menitiskan airmata apabila Mus’ab hadir dengan pakaian yang sudah lusuh! Mus’ab meninggalkan segala bentuk kekayaan dan kemewahan hanya kerana ingin bersama kabilah ini. Kerana ingin menjadi salah satu tangan yang mahu memenangkan agama Allah.

Malah kematian as-syahid ini juga sungguh menyentuh hati. Sedang suatu ketika hidupnya dulu dia adalah seorang remaja yang sungguh tampan yang dihiasi dengan pakaian dan bauan yang mahal. Namun ketika syahidnya, hanya ada sepotong kain kecil yang boleh digunakan sehingga Rasulullah mengajar sahabat agar bahagian atas ditutup dengan kain manakala bahagian kakinya ditutup dengan idhkir (sejenih daun-daunan-> setengah translator mengatakan lemon grass.)

Hayati pula kisah Saidina Abu Bakr r.a. Dia juga bukan calang-calang orangnya. Seorang saudagar kaya yang tidak henti-henti menginfakkan hartanya. Lihat sahaja pengorbanan hartanya ketika persiapan perang Tabuk. Diserahkan segala hartanya demi kemenangan Islam. Dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul sebagai bekalan kepada isteri dan anak-anak!

Harta dunia diserahkan. Harta Akhirat menjadi bekalan.

Yang dicanang bukanlah mahukan kemiskinan. Bukan juga mencari kesusahan dan kehinaan tanpa tujuan. Tetapi mahukan perlumbaan berkorban. Perlumbaan berkorban!

Usahalah. Carilah. Segala kekayaan harta dunia. Tetapi jangan lupa untuk menginfaq sebanyak mungkin kepada Islam. Kerana dakwah kita hanya ada kita dan ALLAH. Allah boleh sahaja memenangkan agamanya tanpa kita. Namun biarlah kita tunjukkan kesungguhan kita dalam meraih cinta dan redhaNya.

Jika kita tidak mampu menjadi sehebat Abu Bakr dan Mus”ab. Kenapa tidak kita mencontohi jalan mereka?