Jalan-jalan cari ilmu 2 (sambungan)

Alhamdulillah akhirnya sampai lah di tempat Summer Camp 08. Subhanallah tempatnya amat-amat cantik. Khemah yang disediakan berada di tengah-tengah lembah. Di kelilingi oleh bukit bukau yang sayup mata memandang. Di belakang khemah pula ada sebatang sungai kecil yang dapat digunakan untuk membasuh dan berwudhu. Seriously tempatnya memang cantik dan sesuai untuk beraktiviti. Cumanya keadaan sepanjang Summer Camp tu agak sejuk sebab cuaca berangin dan hujan. Dugaan2. Tapi cabaran ni lah yang menguji siapa yang mampu bertahan. Beraktiviti dalam keadaan basah dan sejuk bukan calang2 orang dapat tempuh.

Alhamdulillah penganjur pandai memilih pengisian yang bertepatan dengan suasana. Para peserta dibakar dengan kisah-kisah semangat juang para mujahidin di zaman Rasulullah dan para sahabat dahulu. Dugaan sejuk dan hujan sepanjang program terasa amat kecil apabila dibandingkan dengan kisah perjuangan golongan awal yang berusaha bersusah payah menegakkan Islam. Tajuk yang dipilih adalah peperangan Islam seperti Badar, Hunain, dan Tabuk. Penulis personally cuba membayangkan diri berada dalam keadaan di zaman Rasullulah saw dahulu. Tentunya keadaan di Summer Camp yang sejuk membataskan pergerakan, makanan terhad menuntut diri menjadi penyabar serta bertoleransi dan aktiviti-aktiviti lasak dalam waktu yang terbatas menjadikan diri lebih berdisiplin dan membina daya tahan diri. Dan pastinya keadaan seperti ini menguji tali ukhuwwah yang terbina.

Dalam keadaan seperti ini mengingatkan penulis akan ciri-ciri ‘assabiqunal awwalun minal muhajirin wal ansor’ (golongan awal dari kaum muajirin dan ansor) yang merupakan nadi penggerak atau tulang belakang kepada usaha dakwah Rasulullah SAW. Kalau sebelum ini penulis pernah menulis dalam entri jalan-jalan cari ilmu 1 berkenaan dengan kejayaan Rasulullah saw menyebarkan Islam dan membina daulah(negara) Islam dalam masa yang singkat. Kalau kita melihat dan mengkaji sejarah, golongan awal dari muhajirin dan ansor inilah yang memainkan peranan penting dalam mendokong dakwah nabi. Merekalah yang sentiasa setia disisi nabi dan bersama-sama menanggung penat lelah dan dugaan dalam menyebarkan agama Allah. Baik muhajirin mahupun ansor mereka mempunyai ciri-ciri yang sama. Apakah ciri-ciri mereka? Mereka merupakan orang yang sanggup berdiri teguh mempertahankan dakwah Nabi saw. Mereka merupakan golongan yang sanggup menazarkan diri mereka demi kepentingan dan kelansungan dakwah. Mereka juga sanggup menganggung susah payah, dugaan dan kelaparan di sepanjang perjalanan dakwah. Inilah golongan qaedah sulbah(main team) yang telah dibentuk oleh Nabi saw di sepanjang perjalanan dakwah baginda. Pada awal 13 tahun dakwah nabi di Makkah, golongan awal muhajirin telah dibentuk dan diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan. Seperti yang kita ketahui di awal perkembangan dakwah nabi, orang-orang Islam sentiasa mendapat tentangan dari kafir Quraish. Malah ada sahabat yang di pukul, diseksa dan malah pemulauan terhadap muslimin susah cukup menyebabkan orang2 Islam waktu itu terseksa. Keadaan seperti inilah menyebabkan tidak ramai yang sanggup bersama Nabi dalam mempertahankan agama Islam. Namun, orang-orang yang dipilih dan diberikan hidayah oleh Allah semakin kuat pegangan agama mereka. Malah mereka inilah seterusnya menyambung dakwah nabi saw.

Seterusnya kita lihat pula golongan awal ansor yang telah dibentuk. Golongan ini juga adalah golongan yang sanggup bersama dalam dakwah nabi saw. Walaupun proses pembentukan mereka hanyalah 3 tahun namun mereka mempunyai kualiti yang sama seperti golongan awal muhajirin. Mereka ini telah dibentuk sejak kedatangan rombongan haji Madinah pertama hinggalah perjanjian Aqabah kedua. Kualiti mereka dapat dilihat dengan jelas ketika mereka berbaiah kepada Nabi Muhammad Saw. Bagaimana kesudian dan kesanggupan mereka menanggung derita dan kesusahan dakwah demi mempertahankan Islam. Walaupun diperingatkan oleh Al Abbas Abd Mutalib akan ancaman yang akan mereka hadapi sekiranya menerima penghijrahan Nabi saw dan para muslimin, namun kaum ansor tetap memberikan jaminan keselamatam seluruh muhajirin. Subhanallah.

Jalan-jalan cari ilmu 2

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Moga Allah terus melimpahkan kurnia dan hidayahnya kepada penulis dan para pembaca.

Baik, post kali ini nak sambung lagi cerita jaulah penulis. Post sebelum ini penulis ada menceritakan pengalaman berjalan-jalan di France. Selepas % hari di sana, akhirnya penulis mengambil keputusan untuk pulang ke southampton. Namun apa yang menariknya dalam perjalanan pulang adalah penulis terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer daripada tempat penginapan ke airport gara-gara para pemandu bus mengadakan mogok tidak bekerja pada hari tersebut. Alhamdulillah ada teman France yang ikut sama hantarkan ke bus stop . Nasib baik dia faham France kalu tak tahu pon bahawa hari tu tak ada bus. Jadi bila start berjalan sampai ngam-ngam di airport. Lepas tu ada masalah sket ngan passport. Tak tahulah apa masalahnya tapi officer tu amek masa yang agak lama jugak lah before dia bagi boarding pass. Again Alhamdulillah. Then terus bergegas masuk ke departure hall dan akhirnya alhamdulilah sempat catch the flight. Berdebar-debar jer sepanjang perjalanan. Tapi Alhamdulillah selamat sampai di UK dan masih menunggu-nunggu apakah hikmah disebalik segala yang berlaku di France.

Setibanya di Southampton terus berkemas-kemas. Keluarkan baju-baju kotor dan masukkan baju-baju outdoor ke dalam beg. Kali ini packing perlu lebih kemas sebab nak bawa banyak barang macam frying pan(pengganti mestin), lighter, dan botol air. Then sempatlah take a nap untuk sejam dua sebelum terus bergegas keluar untuk memulakan perjalanan ke Yorkshire Dales! Kali ini berjalan ke utara UK pula untuk join Summer Camp anjuran MSM UK. Sebenarnya dah lambat sehari tapi semangat nak bercamping, penulis dan 3 rakan lain teruskan juga.

Kami berempat menaiki kereta merah Hyundai hasil peninggalan seorang abang Post Grad kepada penulis. Perjalanan awalnya kelihatan lancar tanpa sebarang masalah. Namun di kala penulis mulai lena di buai mimpi terdengar bunyi kuat dan flashlight dari belakang. Sedar-sedar jer kereta sudah tersadai di tepi jalan. ALhamdulillah tak ada apa-apa kemalangan. Bunyi kuat yang mengejutkan penulis tadi pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Waktu tu kereta dah mati and tak dapat dihidupkan. Pun tak tahu apa masalahnya. Dalam kepala membayangkan bermacam-macam kemungkinan. Mungki piston jam (sebab tuh bunyi kuat), mungkin juga alternator yang dah out (sebab tuh black out kot). Apa-apa pun waktu tu kami berempat hanya tolak kereta supaya betul-betul berada di tepi jalan. Then masuk kereta balik dan bincang. Waktu tu keadaan gelap dan amat-amat sejuk. So akhirnya decide untuk tidur sementara tunggu subuh sebelum laporkan pada orang di Soton untuk tindakan lanjut. Hehe,,sebenarnya masing-masing mengantuk lebih-lebih lagi penulis yang sememangnya masih letih dari perjalanan panjang pulang dari France.

Alhamdulillah lena sungguh tido malam tu walaupun sebenarnya dalam keadaan runsing dan amat ghairah nak bersummer camp. Sekitar pukul 4 kami bangun dan bersolat di dalam kereta. Setelah usai solat, terus menelefon ustaz di Soton. Bincang punya bincang akhirnya keputusan di ambil adalah untuk memanggil recovery service. Tapi apa yang menariknya setelah di ‘jump start’ kereta itu terus hidup dan dapat berjalan seperti biasa. Pelik tapi benar. Tow truck terus mengekori di belakang untuk beberapa lama untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Sebaik sahaja tow truck hilang dari pandangan, kereta tersebut sekali lagi meragam! Astaghfirullah hal azim. Tapi alhamdulillah sempat pandu kereta tersebut ke tepi jalan. Sekali lagi tersadai beberapa jam sebelum tow truck yang lain pula datang. This time terus jer tow kereta tuh ke Oxford. Waktu tu decide memang perlu diagnose kereta tu untuk pastikan apa masalah sebenar.

 Alhamdulillah dapat service kat Hyundai centre. Setelah beberapa lama menanti akhirnya mechanic di situ hanya tukarkan battery. Pelik! Takkan lah itu jer masalahnya?? Tapi sebab dah malas nak fikir panjang terus jer bayar dan semangat nak teruskan perjalanan ke YORKSHIRE! Tapi sekali lagi kereta tersebut membuat masalah. Signal light dan head light gagal berfungsi. SUbhanallah banayk betul dugaan. Kali ni buat decision tinggalkan kereta tuh di OXford untuk didiagnose dengan lebih terperinci. Akhirnya kami berempat terpaksalah memulakan perjalanan pengembaraan kami yang sungguh mencabar! Huhu..

Perjalanan bermula dengan menaiki intracity bus ke train station sebelum berjalan kaki ke bus station. Setelah penat berjalan akhirnya diberi masa berehat di atas bus kalau tak silap hampir 5 jam. Kemudian setelah sampai di Leeds coach station, kami terus bergegas ke train station pula untuk mengambil train ke Gargrave station. Namun malangnya train terkahir telah pun berlepas. Kami cuba menghubungi pihak penganjur tetapi gagal mungkin kerana masalah coverage di sana. Pada waktu itu mata penulis terus meliar mencari-cari tempat sesuai untuk merebahkan badan malam itu.

Alhamdulillah dapat contact seorang brother yang kebetulan masih berada di Leeds. Akhirnya amek cab dan terus kerumahnya untuk bermalam. Alhamdulillah dapat juga berehat dengan sempurna setelah penat berjalan jauh. Keesokan harinya bergerak ke Summer Camp dengan seorang lagi brother yang juga mahu menghantar barang ke sana. Syukur sangat Allah mudahkan perjalanan seterusnya. 

to be continued,,

Jalan-jalan cari ilmu,,,

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Puji dan syukur kepada ALLAH swt yang memberikan izin kepada kita untuk terus mengecapi nikmat hidup dan menjadi hamba yang patuh kepada perintah dan larangannya.

Rasanya dah hampir 2 minggu tak update blog ni. Setelah usai exam 2minggu lepas, penulis terus mengorak langkah meninggalkan bumi UK yang insyaALLAH akan menjadi teman setia sepanjang tempoh 4 tahun ini dalam rangka mendapatkan ijazah mekanikal. Beberapa hari setelah tamat last paper, penulis terus mendapatkan ticket ke France. Ini merupakan kali kedua penulis ke sana. Keindahan pemandangan dan ukhuwwah persaudaraan persahabatan di France sentiasa melambai-lambai penulis untuk sentiasa mengunjungi bumi France.

Alhamdulillah kedatangan penulis di sambut mesra oleh para pelajar di sana yang rata-rata sebenarnya agak sibuk dengan exam dan presentation masing-masing. Melihat gelagat dan keticukupan tangan mereka membantutkan hasrat penulis untuk banyak meluangkan masa bersama mereka. Hasrat awal adalah untuk berjalan-jalan dan berkongsi pengalaman dan ilmu bersama mereka, namun atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan, hasrat itu ditarik balik. Sepanjang 5 hari disana, penulis lebih banyak berada di bilik menelaah buku sejarah Raheeq Al Maktum( The sealed Nectar) dan juga berborak-borak berkongsi pengalaman bersama seornang lagi rakan yang sudah usai segala kerja(exam dan presentation).

Pandangan peribadi melihat para pelajar di France lebih struggle dalam study mereka berbanding dengan para pelajar di UK. Seriously mereka akan lebih kedepan apabila masuk ke alam pekerjaan nanti. Dengan bilangan kelas yang banyak dan juga praktikal selama 10 minggu sudah cukup untuk menggambarkan betapa banyak ilmu dan hand on skill yang akan mereka dapati. Dalam peringkat diploma sekarang, kelas mereka dari jam 8 pagi sehinggalah 6 petang dengan 1 jam berehat di tengah hari. Cukup berbeza dengan keadaan university di UK yang rata-rata hanya 4-5 jam sehari sahaja. Itu tak kira hari rabu half day. Mungkin akan ada orang yang mengatakan bahawa university di UK mengutamakan kualiti pembelajaran berbanding kepada kuantiti kelas. Namun hasil observation dan discussion bersama rakan-rakan France menggambarkan mereka lebih jauh kedepan. Alhamdulillah rezeki mereka belajar sedikit susah tapi dapat banyak ilmu disamping dapat bahasa perancis lagi.

Berbalik kepada kisah pengambaraan di France. Penulis lebih banyak meluangkan masa bersama rakan dari Le Harve. Sudah hampir 4 tahun dia belajar di France. Ada beberapa topik menarik yang dibincangkan bersama. Pertamanya adalah berkenaan dengan isu umat Islam hari ini. Mungkin kebanyakan orang Islam sedar bahawa hari ini umat Islam sentiasa dipandang rendah dan hina oleh masyrakat dunia. Islam dipandang sebagai agama yang mundur dan tidak menguntungkan. Namun dalam keadaan sebegini masih ramai yang yakin dengan kebenaran dan keindahan sistem hidup Islam. Malah masih ramai juga yang convert to Islam walaupun Islam dilabel sebagai terorist dan sebagainya.

Namun dalam ramai-ramai muslim ini terdapat segelintir umat Islam yang optimist yang meletakkan suatu target yang amat besar. Malah jika diwar-warkan kepada umum cita-cita dan hasrat mereka, pasti masyarakat akan hanya mengetawakan dan memperlehkan hasrat mereka ini. Apakah cita-cita dan hasrat mereka? Mereka mahu Islam menjadi World Order! Istilah bahasa Arab menyebut sebagai Ustaziatul Alam. Atau jika diperjelaskan dalam bahasa melayu, kita mahu Islam ini menjadi pemerintah bukan saja kepada negara-negara Islam malah ke seluruh pelusuk dunia. Kita mahukan Islam ini menjadi pembawa kepada arus pemikiran setiap individu di alam semesta ini. Siapakah yang memegang world order sekarang? Tentunya US! Maka golongan Islamist mahukan Islam menggantikan US suatu hari nanti. ISLAM GANTI US. Bunyinya mungkin sedikit janggal tapi itulah yang diperjuangkan.

Adakah mustahil untuk Islam menggantikan US dalam memerintah dunia? Adakah suatu yang mustahil untuk menaikkan kembali imej Islam sehingga mampu untuk menawan hati seluruh masyarakat dunia?

Jika kita kembali menyingkap sejarah Islam suatu ketika dahulu keadaannya tidak jauh berbeza dengan keadaan harini. Jika suatu ketika dahulu Islam ditindas dan di pandang pelik oleh kaum kafir Quraish, namun Rasulullah PBUH tetap meletakkan azam dan tekad yang tinggi dalam menyebarkan Islam. Siapa sangka usaha baginda yang ketika itu mengajak beberapa orang sahaja menganut agama Islam membawa natijah yang cukup besar kepada arus perubahan ketamadunan dunia. Malah dalam jangkamasa yang cukup pendek iaitu selama 23 tahun nabi telah berhasil untuk menuhkan sebuah negara Islam Madinah. Dan kemudiannya Islam terus tersebar luas keseluruh pelusuk dunia.

Jika kita perhatikan sirah ketika penghijrahan nabi dari Makkah ke Madinah, Nabi pernah menjanjikan Suraqah bin Malik gelang maharaja Parsi. Apakah gerangan seorang yang dalam ditindas dan lemah menjanjikan mercu tanda kekuasaan World Order ketika itu? Pelik tapi benar. Begitu juga halnya ketika Rasulullah PBUH dan para sahabat menggali longkang dalam perang Khandak, Nabi telah mengetuk seketul batu dan mengeluarkan api. Dalam ketukan pertama nabi menyebut bahawa baginda melihat kota putih di Parsi, ketukan kedua baginda melihat kota constantinople di rom dan seterusnya kota yaman. Sekali lagi dalam keadaan ketakutan dan nyawa-nyawa ikan Nabi menyebut sebuah cita-cita besar untuk mengalahkan kuasa besar dunia. Dan akhirnya segala azam dan cita-cita ini menjadi kenyataan apabila kota rom ,parsi dan yaman dapat di tawan Islam tidak lama setelah itu.