Muhasabah diri

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah…hampir 2 bulan sudah aku menghabiskan masa cuti summer di bumi UK. Ini pengalaman kedua. kali pertama dulu ketika cuti summer 1st year. Pengalaman kali ini tentunya lebih manis dengan pengalaman-pengalaman baru dan pastinya mutiara2 baru yang dikutip buat menajadi bekal sepanjang perjalananku kedepan inshaALLAH.

Pertemuan kasih dengan para ulama’ dan assatizah adalah perkara yang banyak memberikan kesan pada diri yang masih bertatih mendalami erti hidup ini.

Baru semalam aku duduk lagi di dalam satu majlis ilmu berbicara tentang ramadhan. Ini bukan kali pertama tetapi tentunya disana masih banyak ilmu baru yang diraih dan peringatan bagi ilmu yang sudah mula dilupai.

Aku terpanggu di saat ustaz mengatakan bahawa ramadhan itu bulan muhasabah. Apa yang aku nak muhasabah yer? Tentunya banyak…

Tetapi satu perkara yang mencuit hatiku adalah beberapa perkara yang aku mula sedar di dalam diriku. Duduknya aku di majlis ilmu seperti ini adalah perkara yang begitu asing bagiku beberapa tahun lepas. Kembali mengenali islam adalah satu rahmat yang sangat besar.  Tidaklah aku katakan bahawa aku kafir tetapi tidak beramal atau beramal sekadar tradisi dan rutin bermakna masih jauh dengan pengamalan Islam yang sebenar.

Sedikit demi sedikit aku menghayati islam. Pastinya sirah dan tafsir adalah part kegemaran. Aku membuat satu konklusi. Walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi aku berpegang kepada konklusi aku ini:

Seorang manusia, tidak dapat tidak dia mesti menjadi seorang muslim

Dan seorang muslim itu tidak dapat tidak mesti menjadi daie’.

Huraiannya panjang. Tapi apa yang aku maksudkan adalah, seorang manusia yang ingin cemerlang, bahagia dan aman hidupnya mestilah menjadi seorang muslim dan mukmin.

Tetapi  pemahaman menjadi muslim dan mukmin itu sering disalah tafsirkan. Ada yang memandang cukup sekadar mengucap syahadah, bersolat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji. Betul ia adalah 5 pillar yang menegakkan islam. Tetapi betulkah ia hanya sekadar itu. Jika benar seseorang itu sangat concern akan iman dan taqwanya pasti ia bukan sekadar berbicara tentang cukup-cukup makan. Jika benar kasihkan Allah dan rasul menjadi idola, ia tidak akan menjadi sekadar cukup makan. Maka apa yang lebih dari itu yang sering dilupakan adalah tugas berdakwah.

Perkataan ini cukup sensitif di sesetengah tempat dan pada sesetengah orang. Malah kadangkala ini membawa konotasi yang negatif. Ada beberapa perkataan seperti extreme, pelampau, teroris dan sebagainya yang diassociate dengan perkataan dakwah.

Ala kullihal, apa yang aku simpulkan adalah, seorang muslim itu tidak dapat tidak ia perlu menjadi daie. Walaupun apa pun alasannya, aku melihat nabi saw itu menjadi daie’ lebih dari yang lainnya.

Dari kesimpulan inilah aku mempersiapkan diriku untuk menjadi daie. Aku mula membelek buku-buku fiqh dakwah, sejarah dakwah, metode dakwah dan segalanya yang berkaitan dakwah. Aku mula merasakan diriku semakin tersibghah dengan dakwah.

Namun semakin aku maju di lapangan dakwah ini, aku mulai risau tentang sesuatu. Ada sesetengah orang yang menjadi daei’ lebih dari jadi menjadi muslim. Apakah?

Mungkin bunyinya pelik. Tetapi ia berlaku apabila pemahaman dakwah itu tidak selaras dengan pemahaman islam. Jika fiqh dakwah dipedalami dengan mendalam tetapi pembinaan iman ditinggalkan maka inilah yang akan berlaku.

Ramai yang tertipu dengan amal mereka. Mereka merasakan mereka sedang berdakwah tetapi apa yang berlaku tidak ubah seperti aktiviti dan program yang dilakukan oleh persatuan-persatuan lain sperti pengakap, PBSM dan sebgainya.

Jika dulu MLM (multi level marketing) menjadi analogy kepada modus operandi dakwah, aku takut jika dakwah yang dilaungkan itu sebenarnya adalah satu lagi produk baru MLM.

Allahulam.

Aku berdoa agar aku, keluarga ku, dan para sahabar seperjuangan dijauhkan dari fitnah ini.

Aku berdoa agar setiap amal kita ikhlas dan mendapat ganjaran disisi Allah.

Aku berdoa agar Allah anugerahkan kita syurgaNya kelak.

Amin.

Advertisements

Koreksi dirimu!

Dulu ibu dan ayah tempat kau bemesra
Tapi kerna ‘dakwah’, kau tinggalkan mereka

Dulu adik adik tempat mencurah perhatian
Kini ‘tugas’mu terlalu sibuk untuk diperhatikan

Dulu rakan taulan teman bergelak sakan
Kini mad’u terlalu ramai untuk disetlekan

Dulu jiran tempat ziarah menumpang makan
Tapi jiran bukan fokus sekarang untuk didakwahkan

Dulu sentiasa mengambil berat akan pelajaran
Tapi apalah sgt belajar berbanding ilmu pendakwahan

Dulu sekecil amal kau pedulikan
Kini amal2 besar menghijab amal2 yang kau sangka kecil

Dulu kau menghargai persahabatan
Tapi sejak berukhuwah sahabat kau tinggalkan

Dulu…

Kini….

Dulu kini dan selamanya
kau tetap  seorang muslim
kau tetap anak kepada ibu dan ayah
kau tetap seorang sahabat kepada kawan-kawan
kau tetap seorang pelajar
kau tetap perlukan makananan
kau tetap perlukan kasih dan sayang
kau sebenarnya manusia yang ada hak dan perlu memberikan hak

Ironi sungguh alam sang pendakwah ini…

Ingin menjadi dhuat tetapi mencanggahi norma-norma hidup seorang muslim.

Apakah?

Mungkin ini fitnah baru di alam cyber…

p/s: Jgn takut jadi daie plak yerr…sekadar mengingatkan bagi yang mungkin telah terjauh sedikit. Koreksi diri inshaALLAH.

Ayuh usroh!

Soalan skema(SK): Apa itu usroh?
Jawapan skema(JK): Dari segi bahasa maksudnya keluarga. Dari segi istilah kita semua nih ibarat suatu keluarga yang ingin meraih mardhotillah. Dalam satu keluarga kita harus sentiasa bantu-membantu dan saling menasihati. Sebab tu ISHAB kata rukun usroh terdiri daripada Taaruf, Tafahum, dan Takaful.

Masih segar dalam ingatan apabila diperkenalkan dengan term usroh sejak  di MRSM. Tapi usroh yang kufahami tika itu jauh bezanya dengan sekarang. Masih kuingat ketika kuditanya oleh HEP terchenta:

Apa objektif usroh yang kamu nak laksanakan ni?
Apa manhaj kamu gune?
Apa kitab kamu refer?

Jawapan ku: Muka tercengang! Otak berputar laju mencari jawapan. Tapi istilahnya terlalu jauh untuk kufahami ketika itu. Tiada jawapan. Namun proposal diterima. Usroh jalan! Tapi apa itu usroh?

Kurang lebih 2 tahun di Qber aku mengenali usroh bersama rakan-rakanku yang diketuai oleh beberapa lepasan maahad. Terlalu thiqoh kepada mereka. Apa saja kata mereka kuterima. Aktiviti yang disangka usroh itu berjalan terus tanpa seorang pon yang benar-benar memahami apa itu usroh! Ikut suka hati. Tiada syllibus. Yang penting ia berjalan dan suka-suka. Hasilnya? Ntah. Aku sendiri sukar memberikan penilaian terhadap usaha tersebut. Moga ada kebaikan dan manfaat bagi setiap insan yang terlibat. Sekurang-kurangnya bagi diriku sendiri, ia menjadi batu loncatan untuk mengenali usroh kini.

Masa terus berlalu dan akhirnnya aku bertemu pula usroh version lain. Setelah sekian lama mengikutinya, aku ditanya secara spontan:

Akram. Apa kamu dah dapat sekarang?

Sekali lagi aku seakan-akan sukar untuk menjawab. Secara jujur aku tidak rasa telah banyak yang ku pelajari. Dalam fikiranku, sepatutnya jika benar-benar mengikuti usroh, semua hukum-hakam telah dikuasai. Semua bidang fiqh sudah aku lalui. Fikirku begitu. Naqibku cuba memberikan jawapan:

Paling kurang pemikiran(fikrah) sudah berubah, betul? Neraca pertimbangan sudah semakin matang dan rasional.

Getus hatiku: Betullah tu tapi jika hanya itu, tak perlu berusroh pun takpe! Seketika merasa kurang yakin dengan usroh. Hanya kerana mungkin tidak melihat ada peningkatan pada diri. Hakikatnya aku bernaqibkan orang yang hebat-hebat belaka. Mereka semua murobbi yang telah banyak melahirkan para mujahid dakwah yang bertebaran dimuka bumi. Malah syllibus yang digunakan bukan calang-calang. Digaris dan dinilai oleh barisan ulama’ terkemuka.

Persoalan penting ketika itu:

Mengapa aku masih di takuk sama sedangkan aku berusroh setiap minggu siang dan malam?

Sepanjang penagalamanku kini, ada beberapa jawapan yang dpat ku berikan:

  1. Usroh bukan majlis ta’lim. Usroh bukan semata-mata meluahkan ilmu kepada mutarobbi. Tapi usroh membina fikroh. Membina dan membimbing cara fikir yang betul. Melahirkan seorang individu yang mampu untuk meterjemahkan setiap ilmu yang ada kepada amal. Pemahaman yang betul terhadap konsep usorh perlu difahami dengan jelas. Barulah kita dapat merasai roh usroh tersebut. Mentaliti yang salah menyebabkan diri akan sentiasa ragu-ragu dan suka memberontak.
  2. Usroh bukan magic! Jika hanya mengharapkan naqib yang hebat untuk mengubah diri kita, maka kita berada di tempat yang salah. Bukan naqib yang mengubah kita! Tapi kita yang perlu berubah. Naqib hanya naqib. Membantu memberikan panduan. Ketika naqib itu bergelar naqib, dia juga sebenarnya seorang mutarobbi. Dia berusroh dan mengusroh!
  3. Tarbiyyah dzatiyyah penting! tarbiyyah kendiri itu lebih utama. Kita perlu menjadi naqib kepada diri sendiri. Perlu lebih proaktif. Perlu merancang pembangunan diri sendiri. Kemudian segalanya dimuhasabah di dalam usroh. Sebab itu kita ada mutabaah amal. Untuk melihat progress diri sendiri.
  4. Hubungan naqib dan anak usroh bukan sekadar didalam liqo’. Hubungannya perlu setiap masa di mana sahaja. Pernahkah anda saling mendoakan antara satu sama lain? Jika tidak, apa itu nilai ukhuwwah?

Sekadar coretan dikala exam semakin hampir, due kerja juga sudah hampir.

AYUH KE USROH KITA SEGERA!

Semoga Thabat!

Ada orang..

dulu hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.

bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.

Ada orang..

sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah

bukan apa, kene tadarruj

tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.

Ada orang..

sedap memberi ceramah

liqa’nya menarik dan menolak

bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan

tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,

takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.

Ada orang..

di mana dauroh di situ mukanya

di mana mukhayyam di situl dia

di mana mabit disitu tidurnya

kemana sahaja pasti ada dia

tidak perlukan dia pun masih ada dia

bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah

tapi sayang di medan longlai dan lesu

ke sana kemari hanya kerana suka

juga kerana semangat berpersatuan.

Ada orang..

dulu ligat

kereta hijau di belasah sekuat mungkin

bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’

surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih

tapi sayang

segalanya hanya sejarah

tapi mengapa?

Ada orang..

Ada orang..

Ada orang..

Jangan lupa kita juga orang..

Jangan lupa hidayah bukan milik orang..

Tentunya Allahlah yang memilih orang..

Adakah kita layak?

Untuk dipilih dan terus dipilih.

Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.

Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.

Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.

Jadi AWASI syaiton sekeliling!

Gigit kuat-kuat hidayah ini..

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

(7:175)

Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini

Syaiton menerkam memeluk kau erat!

Siapa rugi?

إِلَّا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(9:39)

Tak pa

pergilah jauh-jauh

seandainya hidup dunia itu ko pilih

pastinya dakwah ini ada penggantinya.

Jika buka kita

Orang lain..