Ada apa dengan Islam agama rasmi?

Hiruk pikuk kononnya Kristian di Malaysia mempunyai agenda mengambil alik Islam sebagai agama rasmi Malaysia menyebabkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia menjadi sedikit tegang. Manakan tidak, isu agama dan perkauman di Malaysia adalah sangat sensitif walaupun kelihatan tenang dari luar. Malaysia dipuji dan dipuja oleh negara luar kerana mampu membina suasana yang aman dan harmoni walaupun mempunyai pelbagai agama dan kaum….

Namun realitinya berbeza…tenangnya hanya di permukaan bukan didasarnya. Buktinya lihat sahaja apa yang berlaku kini…isu Melayunya..isu Kristiannya…etc etc

Dalam memahami isu Kristian yang hebat diwar-warkan kini, sesekali merasa pelik dan simpati dengan orang Melayu. Melenting-lenting bukan main tetapi saya pasti isu sebenar masih gagal di fahami.

Pernahkah kita terfikir adakah ianya satu keadilan apabila Islam bebas didakwahkan kepada sesiapa sahaja tetapi agama lain perlu takut-takut. Bible tidak boleh ditranslate ke bahasa Melayu. Allah hanya untuk orang Islam. Semuanya memberikan seribu satu hak istimewa kepada Islam tetapi agama lain di tentang dan di suppress sesuppressnya! Adakah ini dinamakan keadilan Islam?

Satu hal lagi adalah agama rasmi Malaysia. Mengapa perlu kita pertahankan Islam sebagai agama rasmi? Adakah ianya memberikan advantage kepada kita?

Saya kira ianya satu penghormatan kepada agama Islam. Tetapi bagi saya ia juga satu penghinaan apabila Islam dipermainkan oleh oleh orang yang tidak memahami. Tidakkah menjadi satu keaiban kepada Islam yang menjadi agama rasmi tetapi ajarannya tidak di amalkan? Lihat sahaja perlembagaan kita…anak muda kita..masjid-masjid kita..pendidikan kita..stesen televisyen kita…ekonomi kita…adakah kita masih mampu terus mempertahankan Islam sebagai agama rasmi dengan membiarkan ajarannya dikotak-katikkan?

Ianya DAYUS! selagi kita hanya memperjuangkan isu hak dan kedudukan tetapi masih berdiam diri apabila hak dan kedudukan itu tidak memberi sebarang erti melainkan kebanggan yang jahil!

Izzahku apabila Islam menjadi agama rasmi tatkala masyarakat sudah mampu mengangkat kepala dan berkata’ Sungguh saya Muslim!’.

Advertisements

Manisnya Mukhayyam Al-Quran

‘ Dakwah ini memerlukan enta menghadal Al-Quran sebanyak mungkin’, pesan Murobbi no 1.

‘ Ana pelik kenapa masih memerlukan motivation yang lain sedangkan Al-Quran suda mengcukupi untuk kita!’ tempelak Murobbi no 2.

‘Di saat menanti musuh di dalam parit (longkang), tentera Hamas mengisi masa mereka dengan hafalan ayat Al-Quran’, berita dari Palestin.

Alhamdulillah beberapa tambahan motivasi untuk terus istiqamah menghafaz kitab suci ini. Walaupun jalannya sukar dan mencabar tetapi misi perlu diteruskan.

Beberapa tips yang baru dipelajari di Mukhayyam Al-Quran (SCUK11) anjuran IKRAMUKE.

1. Jangan meleret-leret. Sekejap tapi fokus! Ambil masa 2 jam sehari.

2. 1 jam selepas subuh menghafaz ayat baru.

3. 1 jam selepas maghrib mentasmi’ dan mengulang hafazan yang lama.

4. Mengetahui maksud membantu hafazan.

5. Pastikan bacaan lancar terlebih dahulu sebelum menghafaz.

6. Teknik mengulang lebih praktikal.

7. Amalkan bacaan dalam solat.

Selamat mencoba!

Alhamdulillah

Alhamdulillah semalam berkesempatan menunaikan hak terhadap seorang akh yang berkunjung.

Alhamdulillah melihatnya masih teguh berada di atas toriq ini setelah menempuh banyak pancaroba. Alhamdulillah. Moga Allah anugerahkan kekuatan yang sama.

Alhamdulillah banyak juga berkongsi pengalaman dan update dakwah di France. Banyak amal mula bertambah. Alhamdulillah.

Innalilallahirojiun. Mendengar beberapa kisah rakan-rakan yang mulai menjauhi toriq ini. Lebih menyayat hati ada beberapa di antara mereka adalah orang-orang yang pernah saya berjumpa dan usaha mentajmik mereka. Moga Allah limpahkan barakah dengan amal tersebut dan membuka pintu hidayah buat mereka.

Sungguh hidayah ini bukan milik kita. Hari ini kita bercerita tentang orang. Esok lusa belum tentu kita masih berupaya berbicara perihal-perihal kerja mulia ini.

Sungguh hidayah milik Allah. Betapa besar pun hajat kita mahu berkongsi kemanisan iman ini, jika Allah kata tidak, maka tidaklah hasilnya. Pahala inshaALLAH menanti. Tapi hasilnya Allah sahaja yang tentukan.

Sungguh hidayah milik Allah. Ramai yang sayangkan toriq  ini namun tidak ramai yang dapat terus utuh bersama. Doa dan amal harus dipertingkatkan.

Iman ditingkatkan untuk terus beramal dan amal ditingkatkan untuk terus beriman.

Allahualam.

Indah sungguh ukhuwwah ini.

Tutup.Sumbat.Sekat.

Ketika menelusuri perjalanan sirah nabi saw saya tertanya-tanya, mengapa ramai orang yang berasa kagum dengan akhlak rasul saw tetapi tidak bersama di dalam agama Islam. Mereka mengakui nabi saw sebagai al-amin tetapi menolak agama yang dibawa oleh nabi saw.

Namun alhamdulillah perkara tersebut lama-kelamaan terjawab apabila berada di dalam kafilah dakwah ini. Kita dapat lihat betapa ramai orang yang sangsi dengan kerja-kerja kita. Kesangsian inilah yang menjadi batu pendinding yang menjarakkan mereka dari kebenaran Islam.

Sungguh manusia ini akan memusuhi apa yang mereka jahilkan.

Maka penting untuk kita sentiasa mendalami ilmu dan mencari penjelasan atas segala kekaburan. Agar nanti kita tidak terhijab dari hidayah.

Dan mereka berkata: Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! (Fussilat; 54:5)

jom berMeeting (3)

Dalam setiap ibadah yang dijalani tentu akan ada cabaran dan dugaannya. Perkara yang sama saya perhatikan dalam melakukan ibadah bersyuro.

Bersyuro itu sudah pastinya satu ibadah yang susah. Untuk duduk berbincang dan mendengar pendapat orang sudah pastinya sukar. Lebih-lebih lagi untuk menolak pendapat sendiri dan beriman dengan pendapat orang lain. Sangat sukar!

Namun alhamdulillah dengan adab dan akhlak bersyura yang telah dipelajari ramai berjaya duduk dan bersyuro dengan cemerlang.

Alakulillal, satu dugaan yang saya rasa sangat ramai yang kecundang adalah ketaatan kepada keputusan syuro. Saya dapati ramai yang boleh duduk bersyuro bersama namun tidak ramai yang dapat terus konsisten dengan keputusan syuro yang telah dibuat.

Ada banyak sebab mengapa orang melanggar keputusan syuro. Pertamanya EGO!. Merasakan pendapat sendiri betul dan ahli syuro yang lain tidak memahami dan kurang pengalaman. Di atas persepsi ini ada yang akhirnya mengambil jalan ‘aku buat hal aku dan ko buat hal ko’. Keputusan syuronya di mana?

Keduanya lemah diri. Kadangkala keputusan syuro yang tidak sama dengan pendapat sendiri sangat sukar untuk dihayati dan dijiwai. Kesannya di pertengahan jalan ramai mula lemah dan akhirnya meninggalkan keputusan syuro.

Ketiganya tidak faham. Kegagalan memahami keputusan syuro menyebabkan tindakan yang dibuat tidak sehaluan dengan keputusan syuro yang dipersetujui. Akhirnya tenggelam di dalam persepsi sendiri bahawa tindakan yang dilakukan adalah selari dengan keputusan syuro.

Banyak lagi sebab dan punca kepada masalah ini. Namun muhasabah diri dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah adalah rahsia untuk keluar dari penyakit yang berbahaya ini.

Beberapa kisah menarik yang boleh saya kongsikan:

Ketika peperangan Uhud, Rasul s.a.w. pernah bermimpi untuk bertahan (berperang) di dalam Madinah. Keesokan harinya, baginda bersyuro dengan para sahabat yang mana keputusannya adalah untuk berperang di luar Madinah. Rasul saw menolak perasaanya sendiri dengan mengikut keputusan syura iaitu berperang di luar Madinah. Setelah baginda nekad dengan mempersiapkan diri dengan baju perisai, ada sebahagian sahabat yang mula ragu-ragu dan memujuk rasul saw untuk hanya kekal di dalam Madinah. Rasul saw menolak perbincangan di luar syuro!

Juga ketika peperangan Uhud, rasul saw telah memberi pesan kepada barisan pemanah yang diketuai oleh Abdullah Ibn Zubair utk terus tetap di atas bukit Uhud. Namun keingkaran untuk taat kepada arahan telah mengundang azab yang besar kepada umat Islam ketika itu walaupun baginda saw bersama dengan mereka.

Dalam kisah lain, seusai perang Badr, rasul saw telah bersyuro dengan Abu Bakr dan Umar ra berkenaan tawanan perang. Dipendekkan cerita rasul saw telah cenderung dengan pendapat Abu Bakr yang mana tawanan perang tidak dibunuh. Pada keesokan harinya Allah swt telah menegur keputusan rasul saw yang mana membenarkan pendapat Umar. Namun keputusan tidak berubah. Kerana ianya adalah syuro. Namun teguran Allah adalah nasihat kepada nabi saw.

Banyak lagi kisah yang boleh kita ambil iktibar agar kita terus menerus thabat dalam ketaatan.

InshaALLAH bersyuro dan taat dengan keputusannya ada keberkatannya.

Allahualam.

 

jom berMeeting (2)

Pernah suatu ketika saidina Umar r.a. membawa masuk seorang pemuda di dalam syuranya. Ahli syura lain yang merupakan ahli Badr dan lebih tua merasa kurang senang hati. Malah ada yang terus lantang mempersoalkan kedatangan seorang muda yang seumur dengan anak-anak mereka. Saidina Umar menjawab dengan tenang,’ Hal itu adalah berdasarkan apa yang anda ketahui’.

Pemuda yang dibawa oleh Umar ke dalam syura ahli Badr tersebut adalah Ibnu Abbas, seorang yang faqih. Luas ilmunya. Malah Rasulullah sendiri pernah mendoakan beliau dengan kelebihan kefahaman ilmu dan takwil.

Ada apa dengan kisah ini?

Sejak dua menjak kita mengenali syura, apa-apa sahaja mahu kita syurakan. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Ada sahaja permasalahan terus kita syurakan. Apa sahaja syura kita mahu terlibat.

Tetapi persoalannya adakah semua perkara kita berhak bersyura? Adakah semua syura kita layak untuk terlibat?

Syura ini adalah satu amalan mulia tetapi mendatangkan fitnah apabila salah diaplikasikan.

Dalam kisah Ibnu Abbas tadi kita lihat, Umar r.a. tidak melibatkan semua sahabat didalam syuranya. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang dipilih utk terlibat. Hal yang sama dipraktikkan oleh Ar-Rasul saw dan Abu Bakar r.a. (rujuk kisah tawanan perang Badar dan kisah riwayat Maimun bin Mihran).

Malah ahli syura dipilih dengan sangat teliti. Ia bukanlah dengan bersyura dengan dua tiga orang yang ada berdekatan. Namun syura perlu dijalankan oleh ahli-ahlinya.

Sebagai contoh kisah Umar tadi, ahli Badar yang telah dipastikan syurga dan luas pengalaman bersama Rasulullah saw dipilih di dalam syura. Begitu juga Ibnu Abbas yang tinggi ilmu dan kefahamannya.

Jadinya perlu difahami bahawa syura ini tidak boleh sewenang-wenangnya.

To be continued InshaALLAH….

=)

jom berMeeting

‘Syura’ adalah common word bagi mereka yang terlibat dengan harakah dakwah.

Sket-sket syura. Apa-apa syura.

Alhamdulillah. Bagus. InshaAllah ada keberkatan dari Allah.

Tapi duk syura-syura ni tahu ke apa itu syura? Apa beza dengan meeting biasa? Rasullullah practice syura ke dulu? Kan wahyu masih diturunkan ketika itu?

Fikir-fikirkanlah bersama.

Kalu kita perati serba sedikit sirah, kita akan dapati beberapa episod yang melibatkan syura di antara Rasulullah dengan sahabat baginda radiallahu anhum.

Contoh yang pertama sewaktu perang Uhud. Rasulullah bertanya pendapat para sahabat. Mahu stay di dalam Madinah atau mahu berperang di luar. Ada yang nak stay dan yang muda pula lantang bersuara untuk keluar dengan pelbagai hujah. ‘ kita tidak boleh jadi pengecut dengan hanya tunggu musuh datang’ ‘ kalu kita keluar, apa-apa jadi Madinah masih selamat’. ‘ Madinah sebagai kubu yang terkahir’. Maka Ar rasul saw bingkas memakai baju perang dan ayuh berperang.

Lihat! Dalam sirah ada syura. Dan syura diputuskan dengan kelantangan hujah. Ini berbeda dengan meeting biasa yang keputusannya diputuskan oleh majoriti.

Apa masalah dengan majoriti?

Jika semuanya adalah insan yang salim aqidah dan sahih ibadah inshaALLAH keputusan majoriti memberikan impak yang baik. Namun jika bermeeting itu orang-orang yang ada kepentingan diri, orang yang mempunyai agenda yang lain. Atau ahli-ahli meeting masih belum matang dalam memilih keputusan.  Maka keputusan majoriti mungkin akan membawa mala petaka. Atas dasar inilah kekuatan hujah dberikan keutamaan.

Contoh kedua?

Lihat sewaktu perbincangan Rasulullah dengan beberapa sahabat untuk menentukan nasib para tebusan seusai perang Badar. Ada pendapat biarkan mereka hidup. Minta wang pampasan. Gunakan mereka sebagai tenaga pengajar etc etc. Umar r.a. kata? Bunuh! Last sekali turun wahyu Allah membenarkan pendapat Umar r.a.

Sekali lagi Rasulullah bersyura walaupun selepas itu turunnya wahyu dari Allah menegur keputusan tersebut. Tetapi adakah keputusan syura tersebut diubah? Tidak. Kerana itu adalah keputusan syura. Tiada syura sebelum dan selepas syura. Tiada syura dalam syura.

Namun persoalannya jika dalam satu organisasi, siapakah yang berhak bersyura?

To be continued insyaALLAH….

 

=)