AlQuran VS ASME

Disclaimer: tulisan ini tidak membicarakan perbezaan content AQ dan ASME mahupun sebarang kitab engineering code and standard.

Sang engineer apabila mendesign atau menjalankan aktiviti maintenance pastinya akan merujuk kitab kitab code and standard mereka. Malah jangan terkejut jika anda berjumpa dengan sang engineer yang mampu menghafal bait bait dari kitab tersebut. Boleh jadi dia menghafalnya agar mudah untuk berbincang dan sentiasa ingat apabila diperlukan. Boleh jadi juga sudah lekat dibibir dek selalu sangat dirujuk dan dibaca berulang kali…Malah yang selalu berbincang dan berbahas akan kuat ingatan nya dan faham dengan jelas sentiap klausanya..

Sang engineer ada kitab rujukan tertentu untuk setiap aktivitinya..jika pressure vessel maka ASME lah kitabnya, heat exchanger TEMA, kerja kerja maintenance atau repair boleh refer to API yang ada banyak sirinya..begitulah seterusnya..

Sang engineer akan sangat particular dengan kitab kitab mereka ini. Kerana codes and standrads ini telah digarap oleh pakar engineer seluruh dunia berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka.. sang engineer akan sentiasa merujuk dan memastikan agar sentiasa mematuhi code and standard agar setiap pekerjaan akan senantiasa memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Tujuannya supaya setiap equipmemts dan pekerjaan yang dilakukan selamat dan tidak menyusahkan..

Jika code and standard diletakkan di tepi, maka boleh jadi equipment yang dibina tidak selamat. Boleh jadi tidak tahan lama dan rosak sebelum mencapai usia..yang lebih teruk jika failure yang berlaku boleh mengakibat kecederaan dan kematian..

Malah sang engineer meletakkan code and standard sebagai rujukan utama..exptriate dan pakar hanyalah memberi nasihat dan pendapat mereka tertolak sekiranya bertentangan dengan code and standard.

Jika sang engineer begitu beriman dengan kitab kitab mereka bagi memastikan setiap pekerjaannya selamat, seragam, mematuhi piaiwan dan mudah…maka seorang muslim itu juga memerlukan keimanan yang lebih lagi dengan code and standrad nya.

Malah code and standard kita jauh lebih tepat tanpa sebarang cacat cela..di  awal Al Quran sudah disebut kitab ini tidak ada sebarang keraguan..isi di dalamnya tiada yang lain melainkan kebenaran semuanya..

Adalah satu kerugian bagi muslim ini jika kita operate kehidupan kita tanpa procedure yang betul..alangkah rosaknya kita apabila kehidupan masyarakat kita terpesong jauh dari code dan standard kita..

lebih malang lagi, kita tidak pernah tahu adanya clause clause penting dalam kitab AQ yang perlu kita rujuk sentiasa..

Kita seringkali mengambil jalan mudah, menjadikan hujah para ustaz ustazah dan alim ulama untuk kita bertakliq buta. Kita hanya menjauhkan diri kita dari AQ dan hadith yang sepatutnya menjadi pegangan yang utama..

Berapa banyak ayat ayat AQ yang sudah lekat dibibir kita kerana senantiasa kita bacanya? Dan adakah kita faham benar akan isinya? Tepuk dahi jawab sendiri..

Lebih berat lagi..apabila amalan kita yang susah dan berat kita lakukan rupa-rupanya tidak ada dalam kitab AQ dan hadith..Kita hanya percaya bulat bulat kata kata orang lain..

Ingat ya..rujukan kita AQ dan hadith..apa jua ceramah yang didengar, apa jua buku dibaca, siapa jua gurunya, pastikan dikukuhkan dengan hujah AQ dan hadith agar tenang dan istiqamah amalannya..hasilnya nanti kecintaan kepada pengarang AlQuran dan hadith bukan terhenti kepada insan insan yang mengsyarahkannya..

-engineer muda-

Nanges jer??

Seronok bila lihat adik-adik dan rakan-rakan yang kembali mengenali Islam,

Yerlah dulu faham hanya sekadar di peringkat ilmu. Tak rasa sayang pon dengan Islam. Amalan harian jadi rutin.

Alhamdulillah sekarang mula sedar betapa valuenya Islam yang dianuti. Mulai sedar betap beruntungnya berada dalam Islam.

Lebih lagi sekarang baru sedar jadi Islam ni ada tanggungjawab dan peranan. Bukan sekadar menjadi pengikut dan berdiam diri. Jaga diri sendiri sahaja.

 

Seronok bila insan-insan yang tersentuh mulai bekerja. Mulai merasa ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat mereka yang lain. Bagus! semangat begini yang kita mahukan. Kita mahu selalu sharing. Sharing is caring!

Tak mahulah dapat pastuh pendam sorang-sorang. Rugilah. Nabi kan suruh sampaikan walaupun satu ayat. (au ka ma qal hadith nabi saw).

Tapi kan…

Bila kita disentuh dengan satu program, kita akan rasakan program tersebut adalah segala-galanya. Tak salah. Itu memang nature manusia. Kita akan rasa nak bawak sahabat-sahabt kita join sama program yang kita dah attend. Perasaan begini pon sangat bagus. Kita nak sahabat kita rasa seperti mana yang kita rasa.

Tapi kan…

Kalau kita asyik-asyik dengan program yang sama saja apa akan jadi? Kita nak datang program yang sama jer. Program lain tak mahu..Sebabnya seronok tengok orang lain nangis-nangis keinsafan. Seronok tengok orang lain bagi comment-comment keinsafan…. Bagus lah jugak tapi apa nak buat lepas orang-orang ni insaf?

Lepas nangis-nangis kita tinggalkan dia terkontang kanting sendirian. Bagus sket kita ajak dia join lagi program tersebut untuk jadi pembantu. Dia pon akan rotate benda yang sama. Jadi lepas nih akan ramai orang jadi pembantu untuk lihat orang lain insaf. Jadilah berbondong-bondong penonton keinsafan!

Patut ker macam tuh?

Program-program keinsafan atau motivasi atau kesedaran hanyalah spark plug. Hanya pemula. tak boleh lah ambil peranan minyak.

Walau hebat mana pun spark plug yang kita guna untuk hidupkan motor kita, dia tak akan mampu bertahan jika tiada minyak.

Lepas motor hidup, spark plug tak guna dah. Boleh buang pun tak per. Tapi kalu buang nanti nak hidup balik macam mana? huhu..

 

Jadi yang melalut panjang-panjang ni bukan saja-saja nak membebel. Tapi nak kita sama-sama sedar yang peranan kita bukan sahaja nak orang sedar. Tapi kita nka sama-sama terus menongkah arus jahiliyyah yang maha hebat sekarang ini sama-sama. Kita sama-sama belajar.

Pendek citer usrahlah. Ada orang panggil liqa’. Ada orang panggil circle.. tak kisahlah panggil apa pun. Tapi yang penting join and pastikan diri sentiasa meningkat. Supaya kita tak tergelam dengan diri sendiri.

 

Allahualam.

Contoh engineering sebab saya kan engineer.. =)

 

Kasihanilah dia…

Tonite i felt a bit disturbed when reading the news about one petronas scholar who was disappeared from his family for 3 years. He was later discovered married a man in Dublin!

Studying oversea memang challenging. I have to admit it. But believe me, di oversea jugaklah ramai yang mula mengenali Islam kembali. Berada di suatu tempat yang kita adalah minoriti akan menyebakan kita menjadi lebih sensitif. Senang menyedari kesilapan dan maksiat yang pernah dilakukan. Berada di tempat kita adalah majoriti kadang kala menyebabkan kita merasa sudah ‘ bagus’ atau selalu ambil mudah.

Tapi…berada di tempat kita adalah minoriti juga kadang kala menyebabkan kita mudah terpengaruh. Especially kepada mereka yang sangat suka kepada perkara baru. Tidak kuat prinsip. Dan tiada pegangan yang kuat.

Kisah pelajar yang berkahwin dengan pasangan sejenis tersebut sungguh menyayat hati. Lihatlah wajahnya yang ceria. Takut-takut tiada sudah sekelumit rasa bersalah di hati.

Saya mendoakan agar dia segera insaf. Mohon rakan-rakan yang mengenali dan berada hampir dengannya untuk berusaha mengembalikan dia ke pangkal jalan.

Saya mendoakan agar kisah ini menjadi pengajaran kepada kita. Moga-moga ini adalah yang terakhir.

Saya mendoakan agar kisah-kisah seumpama ini di kongsikan dengan cara yang baik. Tidak dengan mengaibkan si pesalah. Hilangkanlah namanya. Buanglah gambarnya. Moga-moga nanti mudah untuknya kembali ke pangkal jalan.

Ya Allah peliharalah kami dari fitnah-fitnah akhir zaman..

Amin ya Allah.

Safety First!

Baru-baru ini berkesempatan join satu engagement bersama seorang CEO yang hebat. Keuntungannya berbilion RM setahun.

Dia sharekan beberapa tips dan juga sasarannya.

Ada satu yang saya tertarik adalah targetnya untuk improve plant utilization to 90% dan juga safety first.

Beliau bercerita tentang plant yang sudah fix keluasannya dan juga teknologi yang ada.Orang yang bekerja adalah orang yang sama. Machine yang sama. Produk yang sama.

Jadi yang boleh improve adalah penggunaan plantnya. Untuk improve utilization of the plant, kita kena tingkatkan efficiency. In other word we have to be smart. Kalau sebelum ni dengan kekuatan dan cara A kita boleh produce 10, sekarang kita kena usahakan supaya dengan cara dan orang yang sama kita boleh produce 20!

Apa pentingnya untuk tingkatkan plant utilization? Apa salahnya kalau kita stagnant dan maintain apa yang ada?

There is no such thing! We either progressing forward or will be leaving behind. Stagnant maknanya tenggelam..

How about safety? No matter how good you are performing but if injuries and fatalities become common, you are actually far away from the success. Kita kena pastikan orang yang bekerja sentiasa selamat seiring dengan perkembangan kilang.

Safety dan plant utilization kena seiring!

How does it relates to us?

In our daily life the same principles applied. Kita kena efficient dalam beribadah dan beramal. Kena pastikan sentiasa work smart. Dan kena pastikan sentiasa meningkat. Stagnant akan menyebabkan kita tenggelam dan jatuh. Kenapa? Kerana di saat kita stagnant, jahiliyyah sedang mara dengan lajunya. Stagnant bermakna kita sedang berundur dengan lajunya with respect to the jahiliyyah.

Pada masa yang sama. ketika kita sedang berkerja keras untuk meningkatkan amal kita, safety iman kita kena sentiasa dijaga. Jangan ambil langkah sambil lewa. Kena sentiasa make sure di aras yang selamat.

Jangan biarkan any kecederaan atau kematian berlaku kepada iman kita ketika kita sedang bertungkus lumus beramal.

=)

Kepada semua CEO, selamat improve utilization dan safety first!

Nak ikan?

Ada orang tanya kenapa tak buat donation untuk orang miskin di Malaysia seperti mana kita buat donation untuk orang-orang kat Palestine?

Kenapa kita tak drive donation untuk mereka sedangkan mereka juga hidup susah…

Kita kan orang Malaysia. Tentulah priority kita pada orang Malaysia….

Saya sangat memahami persoalan ini. Masakan kita mahu menyusukan kera di hutan tetapi anak di rumah kelaparan?

Pertamanya saudara kita di Palestine sana bukan kera. Mereka adalah saudara yang tidak ada beza dengan kita.

Jangan jadikan sempadan negara perbatasan kemanusiaan.

Jangan biarkan bangsa menjadi titik beza naluri persaudaraan kita.

Saya tidak mahu bercakap panjang. Tentu sahaja yang bertanya itu sedar akan perbezaan situasi di sana dan di sini.

Jika benar-benar mahu membantu yang kurang kaya (tidak setuju guna miskin), ajarkan mereka skill untuk hidup.

Ajarkan bagaimana mahu mencari duit.

Bagaimana mahu makan gaji.

Bagaimana mahu berniaga..

Ajarkan mereka bagaimana mahu manage duit mereka.

Ajarkan apa itu jimat cermat.

Itu cara kita buat ‘donation’ untuk mereka.

Ajarkan memancing ikan bukannya memberikan ikan…

 

 

Jangan lepas nih kedekut bersedeqah sudah..jika tidak, anda memang literalist..

Pause jap..

Pernah berlaku satu fenomena negatif dalam aktivisma dakwah dan tarbiyah. Fenomena menjadikan dakwah sebagai tempat melepaskan lelah, ‘black sheep’ , dan escapisme.

Ianya bermula apabila aktiviti dakwah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Aktiviti usrah dan dauroh tidak lagi asing malah menjadi kebiasaan. Siapa sahaja tahu dan ianya tidak lagi berlangsung malam hari tanpa pengetahuan orang lain. Malah di universiti, para pensyarah mengambil masa rehat mereka di tengah hari untuk berusrah demi memenuhi tuntutan tarbiyah agar diri sentiasa meningkat dari masa ke masa.

Malangnya apabila aktiviti dakwah dan tarbiyah (DnT) di ambil kesempatan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Mereka menjadikan DnT sebagai tempat untuk melepaskan penat dan lelah. Maka jadilah usrah dan dauroh mereka tak tumpah seperti kedai-kedai kopi bercakap merapu-rapu tanpa amal. Yang ada hanyalah gosip dan komen-komen yang tidak membina.

Malangnya apabila DnT menjadi kambing hitam. Apa sahaja disalahkan kepada DnT. Gagal belajar, salah DnT. Duit tak cukup, salah DnT. Apa sahaja yang buruk, mesti sebab terlibat dengan DnT.

Malangnya apabila DnT menjadi escapisme. Kadang-kadang kita lihat individu0individu yang aktif berDnT. Ke mana sahaja ada tugasan dia merelakan diri. Tidak disuruh dia buat. Bagus! Tapi kenapa? Rupa-rupanya melarikan diri dari tanggungjawab yang lain. Lihat sahaja di luar sana, ramai yang aktif berDnT hanya kerana mahu lari beban belajar, beban menjaga keluarga, beban bekerja etc etc. Jadi hasilnya bagaimana? Setelah keluar dari masalah, hidup mulai tenang, si ‘daie’ ini akan mulai hilang….

Malangnya..

Adakah DnT yang malang?

Tidak! Sekali-kali TIDAK!

DnT akan terus menerus hidup. Hilang individu diganti individu yang lain. Hilang jemaah tumbuh pula jemaah yang lain…

DnT satu produk yang tak pernah hilang dek zaman dan tempat.

Yang malang,

Yang rugi,

Yang binasa,

Hanyalah

mereka yang tidak jujur,

mereka si pengambil kesempatan,

mereka yang tidak mahu berusaha,

 

Adakah mereka ini kita?

Keluarlah dari perangkap syaitan ini.

 

Jom betulkan niat. Tafakur sebentar….Kita melangkah semula penuh yakin inshaALLAH.

 

=)

 

Harimau mati meninggalkan belang…

2 tahun yang lalu, perginya tok yang sedikit sebanyak mengajarkan erti ugama. tidak banyak tapi sedikit sebanyak memberi spark untuk terus mengenali erti Islam.

Setahun yang lalu si nenek pula pergi meninggalkan dunia yang fana’. Meninggal dunia pada usia yang lanjut. Tidak lama sakitnya. Seminggu lebih terlantar dan terus pergi. Juga orang yang berusaha hidup dalam ugama. Lidah tidak kering dengan tazkirah..

Baru-baru ini ‘mok’ pula yang pergi. Tidak sempat lama berkenalan. Pertama kali bersua sekitar 2 tahun lalu. Pernah berkunjung ke rumah 2 3 kali. Alhamdulillah. Umor mencecah 90an. Seorang tua yang sangat gigih. Anak-anak semuanya ‘menjadi’ dengan career masing-masing. Boleh sangat untuk menanggung ‘mok’. Tapi ditegah ‘mok’ yang ingin berdiri di atas kaki sendiri. Di usia lanjut masih berjual kecil-kecilan. Tak banyak. Sangat sedikit tapi usaha gigih untuk terus hidup sendiri…

Tika ku lawat umah usangnya dahulu..si tua ini masih aktif mengajarkan Al-quran kepada anak2 kecil…di usia lanjutnya dia terus segar mengajar anak umat ini walau tubuh sudah di makan usia.

Perginya seorang tua dengan amalan sebesar gunung harapnya.

Manusia mati meninggalkan nama…