Pause jap..

Pernah berlaku satu fenomena negatif dalam aktivisma dakwah dan tarbiyah. Fenomena menjadikan dakwah sebagai tempat melepaskan lelah, ‘black sheep’ , dan escapisme.

Ianya bermula apabila aktiviti dakwah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Aktiviti usrah dan dauroh tidak lagi asing malah menjadi kebiasaan. Siapa sahaja tahu dan ianya tidak lagi berlangsung malam hari tanpa pengetahuan orang lain. Malah di universiti, para pensyarah mengambil masa rehat mereka di tengah hari untuk berusrah demi memenuhi tuntutan tarbiyah agar diri sentiasa meningkat dari masa ke masa.

Malangnya apabila aktiviti dakwah dan tarbiyah (DnT) di ambil kesempatan oleh individu yang tidak bertanggung jawab. Mereka menjadikan DnT sebagai tempat untuk melepaskan penat dan lelah. Maka jadilah usrah dan dauroh mereka tak tumpah seperti kedai-kedai kopi bercakap merapu-rapu tanpa amal. Yang ada hanyalah gosip dan komen-komen yang tidak membina.

Malangnya apabila DnT menjadi kambing hitam. Apa sahaja disalahkan kepada DnT. Gagal belajar, salah DnT. Duit tak cukup, salah DnT. Apa sahaja yang buruk, mesti sebab terlibat dengan DnT.

Malangnya apabila DnT menjadi escapisme. Kadang-kadang kita lihat individu0individu yang aktif berDnT. Ke mana sahaja ada tugasan dia merelakan diri. Tidak disuruh dia buat. Bagus! Tapi kenapa? Rupa-rupanya melarikan diri dari tanggungjawab yang lain. Lihat sahaja di luar sana, ramai yang aktif berDnT hanya kerana mahu lari beban belajar, beban menjaga keluarga, beban bekerja etc etc. Jadi hasilnya bagaimana? Setelah keluar dari masalah, hidup mulai tenang, si ‘daie’ ini akan mulai hilang….

Malangnya..

Adakah DnT yang malang?

Tidak! Sekali-kali TIDAK!

DnT akan terus menerus hidup. Hilang individu diganti individu yang lain. Hilang jemaah tumbuh pula jemaah yang lain…

DnT satu produk yang tak pernah hilang dek zaman dan tempat.

Yang malang,

Yang rugi,

Yang binasa,

Hanyalah

mereka yang tidak jujur,

mereka si pengambil kesempatan,

mereka yang tidak mahu berusaha,

 

Adakah mereka ini kita?

Keluarlah dari perangkap syaitan ini.

 

Jom betulkan niat. Tafakur sebentar….Kita melangkah semula penuh yakin inshaALLAH.

 

=)

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s