Hidup Hanya Sekali?!

Benarkah hidup hanya sekali?

Seringkali mendengar rakan-rakan menyebut,” kita kene enjoy sekarang sebab hidup hanya sekali!”

Mungkin benar hidup di dunia ini hanya sekali. Tetapi perlukah dienjoy sakan sehingga melupakan kematian yang juga berlaku sekali sahaja? Malah selepas mati kita akan hidup kembali selama-lamanya.

Mungkin konsep yang lebih tepat kita enjoy sakan kematian kita! Sebab mati hanya sekali.

Orang enjoy mati insyaALLAH akan enjoy juga kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Ramai orang yang tertipu dengan definisi enjoy dunia. Mereka tertipu dengan makna keseronokan, kebebasan dan keindahan hidup dunia.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? – al-an’am(6:32)

Seorang pembaca dan penghayat Al-quran pasti akan berjaga-jaga dalam memberikan definisi enjoy dunia kerana mereka sedar dan tahu bahawa keindahan, keseronokan dan kegembiraan akhirat itu jauh lebih bermakna. Kehidupan dunia pula hanyalah bersifat sementara. Kehidupan dunia hanyalah medan menunjukkan diri seorang hamba yang patuh dan kasihkan tuannya walau diuji sesusah mana pun.

Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); - al-mulk 67:2)

  

Kehidupan dunia :

1. Hanyalah permainan dan senda gurau.

2. Hanyalah medan menguji amal dan kepatuhan kepada Allah swt. 

Tarbiyyah menjadikan aku miskin.

Tarbiyyah::..                         ..::Miskin

Jika tarbiyyah menyebabkan aku miskin dunia maka aku tiada jalan lain selain menerimanya

Jika tarbiyyah memberikan seribu satu kepayahan dunia
maka aku lebih dari redha

Jika tarbiyyah meletihkan dan memenatkan
maka jiwa dan raga aku serahkan

Kerana aku yakin dan pasti
dengan janji kekasihku
pertemuan agung
di syurga
NYA.

 

Kadangkala apabila mendengar keluhan dan rintihan orang yang tidak sanggup menjadi miskin dan papa dunia kerana dakwah dan tabiyyah, diri penulis menjadi tidak keruan. Cukup sedih dan kecewanya hati ini.

Adakah kita masih mahu mengejar kaya harta dunia semata?

Dikala perlu memilih antara kaya dunia dan kaya akhirat,   adakah masih ada pertimbangan mana yang mahu dipilih?

 Benar. Idealnya kita boleh mengejar keduanya. Kita mahu kaya di akhirat dan pada masa yang sama juga mengejar kaya dunia. Islam tidak pernah menafikannya. Malah Islam menghalang kita dari hidup dalam kemelaratan dan meminta-minta.

Tapi apa yang dibicarakan di sini adalah kita tidak mahu harta kekayaan dunia itu lekat kukuh di hati kita. Biarlah ianya sekadar di tangan. Akan dilepas bila-bila masa apabila diperlukan. Akan dihulur tanpa perlu difikir beberapa kali. Kerana tujuannya sudah pasti. Pengorbanan untuk meraih redhaNya.

Lihatlah kisah Mus’ab bin Umair yang lincah berdakwah di bumi Madinah hingga mereka mampu menerima Rasulullah untuk dibina Daulah Islamiyah yang pertama. Mus’ab bukanlah calang-calang orangnya. Kelurganya keluarga berada. Pakaiannya indah. Wangi-wangiannya harum. Hatta Rasulullah saw sendiri mengakui betapa Mus’ab telah dimanjakan oleh ibu-bapanya tanpa ada tandingan di Makkah itu.

Tapi lihatlah. Bagaimana para sahabat yang sedang bersama rasulullah tunduk malu dan menitiskan airmata apabila Mus’ab hadir dengan pakaian yang sudah lusuh! Mus’ab meninggalkan segala bentuk kekayaan dan kemewahan hanya kerana ingin bersama kabilah ini. Kerana ingin menjadi salah satu tangan yang mahu memenangkan agama Allah.

Malah kematian as-syahid ini juga sungguh menyentuh hati. Sedang suatu ketika hidupnya dulu dia adalah seorang remaja yang sungguh tampan yang dihiasi dengan pakaian dan bauan yang mahal. Namun ketika syahidnya, hanya ada sepotong kain kecil yang boleh digunakan sehingga Rasulullah mengajar sahabat agar bahagian atas ditutup dengan kain manakala bahagian kakinya ditutup dengan idhkir (sejenih daun-daunan-> setengah translator mengatakan lemon grass.)

Hayati pula kisah Saidina Abu Bakr r.a. Dia juga bukan calang-calang orangnya. Seorang saudagar kaya yang tidak henti-henti menginfakkan hartanya. Lihat sahaja pengorbanan hartanya ketika persiapan perang Tabuk. Diserahkan segala hartanya demi kemenangan Islam. Dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul sebagai bekalan kepada isteri dan anak-anak!

Harta dunia diserahkan. Harta Akhirat menjadi bekalan.

Yang dicanang bukanlah mahukan kemiskinan. Bukan juga mencari kesusahan dan kehinaan tanpa tujuan. Tetapi mahukan perlumbaan berkorban. Perlumbaan berkorban!

Usahalah. Carilah. Segala kekayaan harta dunia. Tetapi jangan lupa untuk menginfaq sebanyak mungkin kepada Islam. Kerana dakwah kita hanya ada kita dan ALLAH. Allah boleh sahaja memenangkan agamanya tanpa kita. Namun biarlah kita tunjukkan kesungguhan kita dalam meraih cinta dan redhaNya.

Jika kita tidak mampu menjadi sehebat Abu Bakr dan Mus”ab. Kenapa tidak kita mencontohi jalan mereka?

 

Jaga Hati…

أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ.

 Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Dakwah.

1.    Pengetian dari segi bahasa

·       Menyeru kepada sesuatu isu (menegas atau mempertahankannya). Samada perkara batil atau hak

·       Usaha perkataan, perbuatan dan amalan untuk memalingkan manusia kepada mana-mana jalan atau milah.

وَيَا قَوْمِ مَا لِي أَدْعُوكُمْ إِلَى النَّجَاةِ وَتَدْعُونَنِي إِلَى النَّارِ

·      
Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan dan kamu pula mengajakku ke Neraka?

 

2.    Pengertian dari segi istilah

·       Dakwah di jalan Allah ialah tugas para rasul yang telah dipilih oleh Allah untuk memikul risalahnya untuk disampaikan kepada manusia. Ia adalah semulia tugas dan sepenting-penting amal, ini kerana para rasul adalah semulia-mulia makhluk Allah yang paling dikasihi (Usul Dakwah: Dr Karim Zaidan).

 

3.    Tujuan Dakwah

·       Menta’siskan (mengasaskan) masyarakat Islam seperti yang telah dilakukan para rasul

·       Mengislah masyarakat Islam yang ada penyelewengan dan kemungkaran

·       Berterusan memastikan masyarakat yang telah berdiri atas kebenaran untuk menjaga keejahteraannya.

 

4.    Tuntutan syarak

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

·      
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(9:71)

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

·      
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (3:110)

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

·      
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(3:104)

 

5.    Dakwah Wajib untuk semua umat Islam. Samada berpendapat ianya fardhu ain atau fardhu kifayah. (fardhu kifayah bermaksud apabila sesuatu urusan itu berjaya dilakukan oleh satu golongan maka semua golongan terlepas dari dosa. Contoh apabila ada dua orang yang bersolat jemaah, maka masyarakat di kawasan itu terlepas daripada dosa meninggalkan solat berjemaah. Begitu juga dalam urusan jenazah. Jika seorang sahaja sudah mampu untuk menguruskan satu jenazah maka masyarakat yag lainnya terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Maka dimaksudkan fardhu kifayah itu bukanlah sekadar ada yang buat. Tetapi bermaksud apabila urusan tersebut berjaya diselesaikan. Jadi selagi mana Islam tidak sampai kepada seluruh umat manusia dan selagi mana khalifah tidak ditegakkan semula, maka seluruh umat islam memikul kewajipan berdakwah!

Saya sungguh SIBUK!!!

” saya tak nak makan hari ini sebab sibuk!”

“saya tak boleh sembahyang sebab banyak kerja tak habis lagi ni.”

“dah seminggu saya tak tidur sebab nak siapkan project!”

“masa itu cukup genting sekarang, nak minum pun tak sempat ni”

Logik tak kalau seseorang itu tidak makan, tidur, mandi, dan solat hanya disebabkan tidak cukup masa untuk buat kerja lain yang dianggap lebih penting? Contohnya seperti assignment atau individual project.

Nak tak nak manusia tetap akan makan, minum, mandi, dan tidur. Dan bagi yang muslim tentu akan mencari ruang juga agar dapat bersolat. Paling teruk pun pengurusan masa tunggang langgang. Tidur lambat. Makan sambil buat kerja. Mandi kerbau. Solat di akhir waktu supaya dapat sambung terus dengan waktu solat yang seterusnya. Apa-apa pun keperluan asasi itu tidak akan ditinggalkan.

Alasannya? Makan untuk tambah tenaga supaya boleh terus bekerja. Minum supaya dapat kekalkan kesegaran mata dan badan. Tidur untuk rehatkan minda dan badan supaya dapat terus bekerja dengan lebih efektif. Solat sebab memang wajib.

Kita merasakan bahawa makan, minum, tidur dan solat adalah keperluan asasi yang tidak mungkin dapat dinafikan walau sehari pun! Nak tak nak, sibuk tak sibuk, pasti akan buat. Itu fitrah dan naluri manusia. Mahu kenyang dan relaks.

Alangkah indahnya jika kita dapat merasakan dakwah itu sepenting keperluan asasi tadi. Dakwah sama penting seperti makan dan minum. Dakwah sama penting dengan tidur. Dakwah dan solat kedua-duanya wajib!

Jika fanatik bola boleh berslogan ‘makan bola, tidur bola, minum bola’. Kenapa kita tidak boleh menjadi fanatik dakwah? ‘Makan dakwah, tidur dakwah, minum dakwah’. Atau sebenarnya dakwah ini hanya perkara kecil dan sampingan dalam hidup? Atau malu dengan profession dakwah sepenuh masa?

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!(41:33)

Tetapi seseorang benar-benar memahami apa itu dakwah, tidak mungkin akan sanggup mensisihkannya apatah lagi meninggalkannya. Kepala akan sentiasa ligat memikirkannya. Dakwah di mana-mana. 

Tanpa mengira waktu dan masa. Tetap dilaksanakan seperti mana seseorang itu tidak sanggup tidak makan, tidak minum, tidak tidur, dan tidak bersolat dalam sehari. Walau tika senang dan susah. Walau lapang atau sibuk. Walau berwang atau papa. Dakwah ilallah sentiasa di hadapan!

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.(9.41)

JOM DAKWAH!!!

Pernah jungle tracking?

Tentunya setiap dari kita pernah merasai keseronokan merentas hutan belantara walaupun penuh dengan cabaran, dugaan dan keletihan. Namun tentunya perjalanan yang panjang dan susah itu mengajar seribu satu pelajaran buat para peserta.

Penulis teringat pengalaman jungle tracking di Teluk Chempedak ketika masih bersekolah rendah. Mengikut ayah yang ketika itu masih begitu aktif dengan Pengakap Kelana A Kuantan.

Ketika melakukan persiapan, penulis cuba membawa sebanyak mungkin bahan kelengkapan; air, makanan, coklat, gula-gula, bekas makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Maklumlah, membayangkan perjalanan yang sungguh jauh dan penuh ranjau. Takut-takut nanti tak cukup kelengkapan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Ayah penulis hanya tersenyum dan membiarkan sahaja penulis menyiapkan barang-barang yang ingin dibawa. Hasilnya: Sebuah rucksack yang penuh dengan segala macam kelengkapan! Macam-macam ada. Seolah-olah pergi mengembara untuk beberapa bulan!

Dipendekkan cerita, walaupun telah bersiap dengan pelbagai kelengkapan seperti makanan dan coklat untuk sumber tenaga, ubatan jika cedera, dan walkman untuk menghilangkan kebosanan, penulis hampir-hampir gagal untuk menghabiskan perjalanan. Kenapa? Alasannya adalah kerana terlalu banyak barang yang dibawa. Bag yang berat menyebabkan penulis cepat letih dan sakit badan! Tambahan pula tidak pernah berlatih dan melakukan sebarang training untuk meghadapai perjalanan yang agak jauh tersebut.

Jadi, walau sebanyak manapun barang yang dibawa belum tentu dapat menjamin kita mencapai destinasi kita. Tetapi kekuatan dan ketabahan diri itulah yang jauh lebih penting dalam menjamin keselamatan dan kejayaan perjalanan kita.

Jadi untuk berjalan jauh, kita tidak memerlukan terlampau banyak barang kelengkapan. Tetapi cukuplah seadanya. Bersederhana dan tidak perlu berlebih-lebihan.

Untuk berjalan jauh, perlu tinggalkan segala benda yang tidak bermanfaat dan tiada kaitan dengan perjalanan kita. Jika tidak, kita telah membebankan diri sendiri.

Itulah PERJALANAN HIDUP KITA. Tentunya kita ada matlamat yang lebih besar dan penting: Berjumpa Allah swt di Syurga kelak. Jika di dunia ini kita pulun habis mencari pelbagai kesenangan dan kemewahan, takut nanti kita tidak larat untuk meneruskan perjalanan menuju matlamat akhir kita.

Bekalan di dunia ini biarlah bersederhana. Sekadar mengikut keperluan dan kemampuan. Dalam pada masa yang sama, lebihkan masa dan tenaga mempersiapkan diri untuk menuju matlamat di hujung sana. Jadilah musafir yang bijak! Barang sedikit tapi cekal. Hanya yang penting di bawa. Selebihnya ditinggalkan.

 untitled1

Dari ibnu umar ra. berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda,” jadilah engaku didunia seperti orag asing atau penyeberang jalan.”

Ibnu umar ra berkata,” Jika kamu berada di sore hari, janganlah menunggu pagi, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu sore, ambillah persiapan saat engkau sihat. Untuk meghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk kematianmu.” (HR Bukhari)

 

APA ITU RUMAH HANTU??

Mode: Bercerita. (terbayang muka seorang anak usrah yang suka berimaginasi,,huhu)

Ada seorang lelaki bernama A mengajak sahabatnya B ke rumah hantu. Rumah Hantu! Biasalah di fun fair atau Genting kan ada Rumah Hantu. Tempat untuk rasa takut-takut dan seram-seram…

A: B jom kita pergi rumah hantu.

B: apa yang ada kat rumah hantu tuh?

A: ada hantulah!

B: best ke?

A: pergi baru tahu!

Maka A dan B pun penuh semangat pergilah ke Rumah Hantu. Setelah hampir setengah jam di dalam rumah hantu tersebut, mereka pun keluarlah.

B: Tak bestlah rumah hantu tadi. Aku tak rasa takut dan seram pun.

A: Eh. Aku rasa bestlah. Terkejut aku dibuatnya. Dia punya suasana dan hiasan dalam tuh pun mantap. Sound system semua hebat. Gelap dan menyeramkan. Tapi yelah, hantu dia x berapa real. Nampak kaku dan tak natural.

——————————————————————————————————————-

Dipanggil rumah hantu kerana adanya hantu didalamnya. Suasana yang seram dan menakutkan. Gelap. Dan bunyi yang meremangkan bulu roma.

Tapi di rumah hantu di funfair, walaupun bunyi, suasana rumah dan sebagainya mantap, tetapi hantu yang kaku dan tidak natural menyebabkan pengunjung merasa bosan dan tidak terhibur. Malah ada yang merasa tertipu. Maka rumah hantu yang mantap perlulah memliki semua ciri di atas. Gelap. Bunyi yang meremangkan bulu roma. Suasana rumah yang menakutkan. Dan hantu yang betul menjiwai peranan dan perasaan hantu.

Tapi persoalannya, bagaimanakah seorang pelakon hantu itu dapat benar-benar menjiwai watak hantu tersebut? Selama ini watak hantu hanyalah dikenali melalui cerita-cerita turun temurun oleh orang yag kononnya pernah melihat hantu. Atau hanya melalui imaginasi yang mungkin tepat mungkin tidak.

MORAL OF THE STORY??

Nama rumah hantu telah dicemarkan oleh orang-orang yang cuba menjadi hantu. Pasti semua hantu marah apabila nama mereka dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjwab ini.

Jadi, hal yang sama juga apabila kita bercakap perihal daulah islamiyah. NEGARA ISLAM. Tidak sewajarnya, sebuah negara Islam itu hanya gah pada namanya sahaja. Juga BUKAN SEKADAR pada ekseorinya sahaja. Sebuah negara itu belum mampu dipanggil negara islam jika hanya mempunyai bank-bank islam, masjid-masjid yang banyak, perundangan islam, orang-orang yang ‘berlakon’ sebagai islam (seperti mana pelakon hantu yang tidak dpat menjiwai watak hantu).

Kenapa begitu? Kerana kita memerlukan semua tenaga kerja yang benar-benar menjiwai apa itu Islam. Dalam kata mudah, kita memerlukan muslim yang mejadikan Islam itu ibarat darah yang mengalir dalam tubuh badan mereka.  Maka mereka inilah yang akan merealisasikan apa itu negara Islam. Mereka inilah yang akan menghidupkan semua eksesori-eksesori yang disebut di atas tadi. 

Kita memerlukan jiwa-jiwa yang akan menghidupkan roh negara islam!

 

 

KERNA CINTA…

KERNA CINTA ILAHI

Kerna cinta Ilahi,
Akan ku cari jalan kepenatan,
Akan ku redah ombak kesusahan,
Akan ku pilih hidup kemiskinan,
Akan ku biar lorong kesenangan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku sanggup tiada habuan,
Aku sanggup tiada bayaran,
Aku rela tiada sanjungan,
Aku tegar tahan kelaparan,
Aku redho hilangnya kemewahan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku tiada lagi pilihan,
Memilih sunnah penciptaan,
Yang mencipta memberi arahan,
Yang di cipta akur pada arahan.

(moga kader2 dakwah semua sentiasa beringat bahawa tiada apa yang lebih memuaskan diri dan jiwa kita selain redha can cinta dr Allah.. usahlah kejayaan kita diukur dengan bilangan pengikut kita, sebaliknya di manakah diri kita di hadapan Allah kelak.. Adakah nama kita sentiasa di sebut di langit Allah, ataupun kita sekadar terkenal di bumi, tetapi sekali pun tidak menjadi perbualan antara malaikat di langit.. moga redha Allah di cari, bukan redha nafsu dan manusia.. ikhlaskan niat)

Hak milik terpelihara: http://smalldeeds.wordpress.com/2009/02/10/kerna-cinta-ilahi/

Alamak,,,kena boycott lagi ke??

Sesetengah orang merasakan boycotting sungguh berat buat mereka. Itu tak boleh, ini x boleh. Terasa dunia yang luas ini sempit buat mereka.

Susah sangat ke? Mungkin sebab nafsu serakah kuat sangat kot!

Setiap kali melihat barangan yang terdapat dalam boycott list, penulis tanya diri sendiri “kenapa perlu aku beli?”. Jika jawapannya jelas dan terang memang nafsu semata-mata (i.e. supaya makanan lebih sedap, sebab baju itu lebih cantik dan kemas, sebab brand tu boleh tahan lebih lama), penulis akan cepat-cepat mencari alternatif. Moga Allah terus bagi kekuatan untuk memboycott. Alhamdulillah dah 3 tahun memboycott walapun adakalanya terpaksa juga pabila tiada pilihan.

Bagi penulis, boycotting is a big issue in showing our support towards our own relatives in Palestine. Selama mana kita tidak mendapat kembali hak kita di Palestine, selama itulah kita perlu terus memboycott. Rasanya usaha memboycott kita ini jauh sangat kecil jika dibandingkan dengan perjuangan rakyat Palestine sana.

Umat Islam saling bersaudara. Tidak malukah kita jika saudara kita di sana bermatian-matian manakala kita disini hanya acuh tak acuh dalam memberikan sokongan?! Jangan biarkan mood dan semangat yang menjadi alasan kita.

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

 Allah mengingatkan kita agar sentiasa berangkat bermujahadah dalam keadaan berat mahupun ringan. Maka tidak bolehlah mudah berputus asa walau terasa susah dan berat.

Penulis tiba-tiba teringat akan seruan untuk memboycott hedonisma yang mana produk utamanya adalah Hollywood! Walaupun tidak ramai yang membincangkan akan idea ini, tetapi penulis amat merasakan bahawa idea ini sangat bernas. Bukan sahaja Hollywood sebenarnya menyumbang banyak pada ekonomi Amerika tetapi banyak menjajah pemikiran kita. Lihatlah betapa banyaknya budaya ‘kuning’ yang di bawa oleh Hollywood ini.

hadith_dhab

“Daripada Abu Sa’eed radhiyallaahu ‘anhu, sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Pasti benar kamu nanti akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan tatkala mereka itu masuk ke lubang biawak dhabb sekali pun, pasti kamu akan mengikut mereka”. Kami bertanya, “Ya Rasulullah, apakah (umat terdahulu) yang engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab, “kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Jadi jom kita boycott Hollywood!! Stop watching Hollywood!!

Aduhai pemerhati Perak…

Tumbangnya kerajaan PR di Perak menjadi tumpuan hangat setiap lapisan masyarakat Malaysia. Bahkan mereka yang sebelum ini tidak meminati politik Malaysia, mula berjinak-jinak dalam perbincangan politik Perak.

Isu lompat-melompat parti hangat dibincangkan kebelakangan ini. Seperti biasa, DS Anwar Ibrahimlah yang berjaya mempopularkan aktiviti tersebut. DSAI sentiasa hadir dengan penuh kontroversi dan isu yang tidak disangka-sangka. Ada-ada sahaja idea beliau.

Tetapi apa yang menariknya, setelah usai pilihanraya 8 Mac yang lalu, DSAI terus mengumumkan beberapa wakil rakyat BN yang akan melompat parti menyertai barisan pembangkang. –> wakil rakyat pemerintah lompat parti ke barisan pembangkang. Apa yang menariknya adalah sungguh ramai yang menyokong dan menantikan berlakunya episod melompat parti tersebut.

Namun apabila ianya berlaku, pihak yang sebelum ini sungguh kuat menyokong usaha DSAI sebelum ini mula mempertikaikan idea lompat-melompat ini! Sebelum ini “lompat parti tidak salah dalam sistem pilihanraya kita” atau “insyaALLAH kita akan dapat tawan negeri lagi sebab ada wakil rakyat BN akan lompat parti”, namun kini ” kerajaan haram! Suka hati je lompat parti”, “mana keadilan?? Tak bolehlah lompat parti!”

Padahal apa yang berlaku di Perak, wakil rakyat pemerintah(PR) melompat parti ke barisan pembangkang(BN)!

Penulis tidak berapa pandai untuk bercerita. Tetapi itulah hakikatnya apabila melihat reaksi rakan-rakan penulis, baik di ruang nyata mahupun di ruang maya. Jika lompat parti itu berpihak kepada mereka maka baiklah ‘lompatan’ itu, tetapi jika sebaliknya maka buruk dan hinalah ‘lompatan’ tersebut.

Di manakah pendirian dan ketegasan kita? Di manakah kematangan dalam berfikir kita? Di manakah kewarasan dalam penilaian kita? Di manakah keadilan kita dalam mengkritik?

Jika kita terus bersikap malas berfikir dan tidak mahu berfikir out of the box, maka kita akan terus berada di takok lama. Negara tidak akan maju dan ummah akan ditindas.

Kita perlu berubah, tidak boleh terus menjadi lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana tuannya membawanya, dia akan ikut. Sedar tidak sedar kita menjadi taksub kepada sesuatu. Hingga kita menjadi buta dan tuli. Yang baik di puji baik. Yang buruk pun di puji baik juga.

Kadangkala kita mengutuk orang yang sungguh mudah disogok dengan wang dan wanita. Tetapi kita tidak sedar kita diselimuti oleh ketaksuban yang melampau hingga kesalahan depan mata tidak nampak.

Apa yang penulis mahu utarakan bukan persoalan politik semata-mata. Tetapi lebih kepada mempersoalkan pola berfikir kita. Penulis tidak mahu kita bergerak atas dasar semangat dan ketaksuban semata. Tetapi perlu bersikap lebih matang dalam menilai dan menentukan baik dan buruk.

Jika semangat yang menjadi tuhan kita, maka suatu hari nanti kita akan menjadi lemah dan layu. Malah semangat membuta tuli dapat membutakan kita daripada melihat kebenaran.

Jika ketaksuban yang menjadi raja di hati, maka kita akan mudah dipergunakan.

Berfikirlah! Tetapi pastikan ada landasannya… Al-Quran dan Assunnah.

Allahualam.