Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah…hampir 2 bulan sudah aku menghabiskan masa cuti summer di bumi UK. Ini pengalaman kedua. kali pertama dulu ketika cuti summer 1st year. Pengalaman kali ini tentunya lebih manis dengan pengalaman-pengalaman baru dan pastinya mutiara2 baru yang dikutip buat menajadi bekal sepanjang perjalananku kedepan inshaALLAH.
Pertemuan kasih dengan para ulama’ dan assatizah adalah perkara yang banyak memberikan kesan pada diri yang masih bertatih mendalami erti hidup ini.
Baru semalam aku duduk lagi di dalam satu majlis ilmu berbicara tentang ramadhan. Ini bukan kali pertama tetapi tentunya disana masih banyak ilmu baru yang diraih dan peringatan bagi ilmu yang sudah mula dilupai.
Aku terpanggu di saat ustaz mengatakan bahawa ramadhan itu bulan muhasabah. Apa yang aku nak muhasabah yer? Tentunya banyak…
Tetapi satu perkara yang mencuit hatiku adalah beberapa perkara yang aku mula sedar di dalam diriku. Duduknya aku di majlis ilmu seperti ini adalah perkara yang begitu asing bagiku beberapa tahun lepas. Kembali mengenali islam adalah satu rahmat yang sangat besar. Tidaklah aku katakan bahawa aku kafir tetapi tidak beramal atau beramal sekadar tradisi dan rutin bermakna masih jauh dengan pengamalan Islam yang sebenar.
Sedikit demi sedikit aku menghayati islam. Pastinya sirah dan tafsir adalah part kegemaran. Aku membuat satu konklusi. Walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi aku berpegang kepada konklusi aku ini:
Seorang manusia, tidak dapat tidak dia mesti menjadi seorang muslim
Dan seorang muslim itu tidak dapat tidak mesti menjadi daie’.
Huraiannya panjang. Tapi apa yang aku maksudkan adalah, seorang manusia yang ingin cemerlang, bahagia dan aman hidupnya mestilah menjadi seorang muslim dan mukmin.
Tetapi pemahaman menjadi muslim dan mukmin itu sering disalah tafsirkan. Ada yang memandang cukup sekadar mengucap syahadah, bersolat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji. Betul ia adalah 5 pillar yang menegakkan islam. Tetapi betulkah ia hanya sekadar itu. Jika benar seseorang itu sangat concern akan iman dan taqwanya pasti ia bukan sekadar berbicara tentang cukup-cukup makan. Jika benar kasihkan Allah dan rasul menjadi idola, ia tidak akan menjadi sekadar cukup makan. Maka apa yang lebih dari itu yang sering dilupakan adalah tugas berdakwah.
Perkataan ini cukup sensitif di sesetengah tempat dan pada sesetengah orang. Malah kadangkala ini membawa konotasi yang negatif. Ada beberapa perkataan seperti extreme, pelampau, teroris dan sebagainya yang diassociate dengan perkataan dakwah.
Ala kullihal, apa yang aku simpulkan adalah, seorang muslim itu tidak dapat tidak ia perlu menjadi daie. Walaupun apa pun alasannya, aku melihat nabi saw itu menjadi daie’ lebih dari yang lainnya.
Dari kesimpulan inilah aku mempersiapkan diriku untuk menjadi daie. Aku mula membelek buku-buku fiqh dakwah, sejarah dakwah, metode dakwah dan segalanya yang berkaitan dakwah. Aku mula merasakan diriku semakin tersibghah dengan dakwah.
Namun semakin aku maju di lapangan dakwah ini, aku mulai risau tentang sesuatu. Ada sesetengah orang yang menjadi daei’ lebih dari jadi menjadi muslim. Apakah?
Mungkin bunyinya pelik. Tetapi ia berlaku apabila pemahaman dakwah itu tidak selaras dengan pemahaman islam. Jika fiqh dakwah dipedalami dengan mendalam tetapi pembinaan iman ditinggalkan maka inilah yang akan berlaku.
Ramai yang tertipu dengan amal mereka. Mereka merasakan mereka sedang berdakwah tetapi apa yang berlaku tidak ubah seperti aktiviti dan program yang dilakukan oleh persatuan-persatuan lain sperti pengakap, PBSM dan sebgainya.
Jika dulu MLM (multi level marketing) menjadi analogy kepada modus operandi dakwah, aku takut jika dakwah yang dilaungkan itu sebenarnya adalah satu lagi produk baru MLM.
Allahulam.
Aku berdoa agar aku, keluarga ku, dan para sahabar seperjuangan dijauhkan dari fitnah ini.
Aku berdoa agar setiap amal kita ikhlas dan mendapat ganjaran disisi Allah.
Aku berdoa agar Allah anugerahkan kita syurgaNya kelak.
Amin.