Alhamdulillah akhirnya sampai lah di tempat Summer Camp 08. Subhanallah tempatnya amat-amat cantik. Khemah yang disediakan berada di tengah-tengah lembah. Di kelilingi oleh bukit bukau yang sayup mata memandang. Di belakang khemah pula ada sebatang sungai kecil yang dapat digunakan untuk membasuh dan berwudhu. Seriously tempatnya memang cantik dan sesuai untuk beraktiviti. Cumanya keadaan sepanjang Summer Camp tu agak sejuk sebab cuaca berangin dan hujan. Dugaan2. Tapi cabaran ni lah yang menguji siapa yang mampu bertahan. Beraktiviti dalam keadaan basah dan sejuk bukan calang2 orang dapat tempuh.
Alhamdulillah penganjur pandai memilih pengisian yang bertepatan dengan suasana. Para peserta dibakar dengan kisah-kisah semangat juang para mujahidin di zaman Rasulullah dan para sahabat dahulu. Dugaan sejuk dan hujan sepanjang program terasa amat kecil apabila dibandingkan dengan kisah perjuangan golongan awal yang berusaha bersusah payah menegakkan Islam. Tajuk yang dipilih adalah peperangan Islam seperti Badar, Hunain, dan Tabuk. Penulis personally cuba membayangkan diri berada dalam keadaan di zaman Rasullulah saw dahulu. Tentunya keadaan di Summer Camp yang sejuk membataskan pergerakan, makanan terhad menuntut diri menjadi penyabar serta bertoleransi dan aktiviti-aktiviti lasak dalam waktu yang terbatas menjadikan diri lebih berdisiplin dan membina daya tahan diri. Dan pastinya keadaan seperti ini menguji tali ukhuwwah yang terbina.
Dalam keadaan seperti ini mengingatkan penulis akan ciri-ciri ‘assabiqunal awwalun minal muhajirin wal ansor’ (golongan awal dari kaum muajirin dan ansor) yang merupakan nadi penggerak atau tulang belakang kepada usaha dakwah Rasulullah SAW. Kalau sebelum ini penulis pernah menulis dalam entri jalan-jalan cari ilmu 1 berkenaan dengan kejayaan Rasulullah saw menyebarkan Islam dan membina daulah(negara) Islam dalam masa yang singkat. Kalau kita melihat dan mengkaji sejarah, golongan awal dari muhajirin dan ansor inilah yang memainkan peranan penting dalam mendokong dakwah nabi. Merekalah yang sentiasa setia disisi nabi dan bersama-sama menanggung penat lelah dan dugaan dalam menyebarkan agama Allah. Baik muhajirin mahupun ansor mereka mempunyai ciri-ciri yang sama. Apakah ciri-ciri mereka? Mereka merupakan orang yang sanggup berdiri teguh mempertahankan dakwah Nabi saw. Mereka merupakan golongan yang sanggup menazarkan diri mereka demi kepentingan dan kelansungan dakwah. Mereka juga sanggup menganggung susah payah, dugaan dan kelaparan di sepanjang perjalanan dakwah. Inilah golongan qaedah sulbah(main team) yang telah dibentuk oleh Nabi saw di sepanjang perjalanan dakwah baginda. Pada awal 13 tahun dakwah nabi di Makkah, golongan awal muhajirin telah dibentuk dan diuji dengan pelbagai cubaan dan dugaan. Seperti yang kita ketahui di awal perkembangan dakwah nabi, orang-orang Islam sentiasa mendapat tentangan dari kafir Quraish. Malah ada sahabat yang di pukul, diseksa dan malah pemulauan terhadap muslimin susah cukup menyebabkan orang2 Islam waktu itu terseksa. Keadaan seperti inilah menyebabkan tidak ramai yang sanggup bersama Nabi dalam mempertahankan agama Islam. Namun, orang-orang yang dipilih dan diberikan hidayah oleh Allah semakin kuat pegangan agama mereka. Malah mereka inilah seterusnya menyambung dakwah nabi saw.
Seterusnya kita lihat pula golongan awal ansor yang telah dibentuk. Golongan ini juga adalah golongan yang sanggup bersama dalam dakwah nabi saw. Walaupun proses pembentukan mereka hanyalah 3 tahun namun mereka mempunyai kualiti yang sama seperti golongan awal muhajirin. Mereka ini telah dibentuk sejak kedatangan rombongan haji Madinah pertama hinggalah perjanjian Aqabah kedua. Kualiti mereka dapat dilihat dengan jelas ketika mereka berbaiah kepada Nabi Muhammad Saw. Bagaimana kesudian dan kesanggupan mereka menanggung derita dan kesusahan dakwah demi mempertahankan Islam. Walaupun diperingatkan oleh Al Abbas Abd Mutalib akan ancaman yang akan mereka hadapi sekiranya menerima penghijrahan Nabi saw dan para muslimin, namun kaum ansor tetap memberikan jaminan keselamatam seluruh muhajirin. Subhanallah.


