Takziah…

Tanggal 29 Julai 2009 pastinya memberikan impak besar buat keluarga penulis. Perginya sang tua ‘tuk’ yang terkenal dengan kelembutan dan kegigihannya pastinya mengharukan setiap ahli keluarga dan kenalan rapatnya.

Alhamdulillah sebaik tersebar berita kematiannya, semua sanak saudara dari jauh dan dekat mula mengunjungi rumah arwah. Penulis sendiri yang ketika itu masih berOBS diminta segera pulang untuk menguruskan jenazah.

Alhamdulillah Allah takdirkan perjalanan dari Lumut ke Kuantan agak mudah. Naik bas ke KL dan tumpang orang ke Kuantan. Subhanallah perancangan Allah terbaik!

Namun Allah pasti menguji setiap makhluknya. Untuk dilihatNya siapa yang paling bertaqwa… Sesampai di ‘kampung’ di bandar Kuantan, penulis segera membantu memandikan jenazah. Penulis agak terkilan kerana urusan pemandian ditangguh2kan dek kerenah birokrasi badan khairat. Bosan dengan kerenah mereka penulis dan saudara mara lain nekad memandikan jenazah sendiri dengan bantuan seorang tuk imam dan jiran yang biasa menguruskan jenazah. Waktu inilah terasa ilmu yang dituntut selama ini sangat2 berguna.

Ujian tidak terhenti disitu sahaja… sebaik usai mandikan jenazah, penulis merasa kurang sihat. Badan mulai panas dan kepala pening2. Gagahkan juga untuk kapankan jenazah. Pernah suatu ketika dulu tuk dan cik (panggilan nenek) tunjukkan barang2 untuk pengkebumian mereka. Semuanya dah tersimpan dalam satu beg besar… harapan mereka mungkin biar anak cucu cicit yang uruskan jenazah mereka.

Usai kapankan jenazah, kami bersolat zuhur dahulu. Sedang imam bertasbih dan berwirid, penulis terusaaaa meluru ke bilik paling belakang untuk berehat sebentar dan akhirnya terlena di situ. Urusan solat jenazah dan pengkebumian seterusnya penulis tak dapat ikuti kerana badan yang sudah terlalu lemah…

Sebelah petang barulah ada yang sudi hantarkan ke klinik sebelum terus diarah hantar ke hospital. Setelah buat diambil temperature dan blood test, penulis diarah self isolation selama 7 hari. Niat untuk kembal berOBS terkubur begitu sahaja. Khair inshaALLAH. Banyak hikmahnya.

1. Tuk seorang yang masih sihat tubuh badan. Tiada sebarang penyakit serius seperti jantung, kencing manis atau darah tinggi yang rata2 dihadapi oleh insn seuisanya. Pemergiannya yang sungguh tiba2 pastinya memberikan satu peringatan besar buat kita. Maut itu suatu kepastian. Maut itu bila2. Penyakit hanyalah asbab. Siapa kira tuk akan meninggalkan kami maghrib itu jika sebelum asarnya dia masih sempat memandu melawat rumah anaknya. Ajal tiba bila2.

2. Tuk seorang yang banyak beramal. Penulis masih ingat tanganya yang memimpinku ke solat berjemaah di masjid. Dididik cucunya agar reti bersolat. Reti apa itu aqidah. Pergantungan hanya ALLAH. Tuk seorang yang selalu ingat mati. Berbual dengannya selalu disebunya akan mati. Ditunjukkan kepada cucu2nya mana barang2 untuk uruskan jenazahnya jika dia pergi suatu hari nanti…Adakah kita bersedia untuk hadapi ajal kita?

3. Kita merancang dan ALLAH juga merancang. Perancangan ALLAH yang terbaik… Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. =)

One Response

  1. Moga Allah merahmati roh Tuk dan memberikan kekuatan sentiasa kepada orang-orang tersayang yang ditinggalkan.

    Ruh itu urusan yang Maha Esa, moga dihadiahkan yang terbaik sentiasa di dunia dan akhirat.

Leave a Reply