Masihkah kau ingat?
Saat pertemuan pertama kita
Girang menanti bermulanya
Entah apa tujuan tidak tahu
Tapi hati tenang
Terasa gembira dan seronok
Indahnya pertemuan kerana aqidah.Moga kita sama-sama syahid di jalan ini.
Sama-sama menikmati syurga yang mahal!Masihkah kau ingat?
Saat kita berkumpul di petang jumaat
Kebisingan kita
menggelamkan hiruk pikuk mereka yang mahu pulang bermalam
Bersama kita mulakan perjalanan
Merentas ladang-ladang kelapa sawit
Bas berganti bas
Komuter berganti stesen
Penat berjalan usah dikira
Tujuan kita sama
Meraih ilmu untuk hari ITU.Masihkah kau ingat?
Duduk kita mendengar taujih masyaih kita
Kadangkala terlena dek keletihan perjalanan
Tekun kita mengaji AQ
Menelaah helaian demi helaian kitab-kitab dakwah
Menganalisa satu per satu sejarah agung Islam
Sungguh indah perasaan ini.Masihkah kau ingat?
Kegirangan menanti hujung minggu
Kerna akan ada lagi dauroh
Kerna bakal menyental kuda kecil hijau yang ‘baru’
Kerna akan ‘berjalan’ merentas kota
Mencari para mad’u logam
Susah payah perjalanan
Letih penat besiap
Segalanya hilang dek kemanisan ukhuwwah bersama
Sungguh rindu kerja itu.Masihkah kau ingat?
Kata-kata pujaan kita
Islam pasti menang!
Dakwah perlukan kita!
Nahnu dhuat qobla kulli syai’
Masihkah ingat kata-kata ini?
Itu bicara kita
Ya!
Bicara kita
KITA!Masihkah kau ingat?
Betapa takutnya kita
Iman turun dan naik
Jahiliyyah masih menebal
Hasutan syaitan bertali arus
Tapi kita ada ‘ijlis bina nu’min saah’
Yang turun akan sama-sama dinaikkan
Yang jatuh akan sama-sama diangkat
Yang jauh akan sama-sama didekatkan
Moga menjadi penguat dari tercicir dari kabilah ini
Rindu semangat kita bersama.Masihkah kau ingat?
Duit tidak seberapa
Tapi habis diinfak
Penat berlari mencari sumber kewangan
Walau kalah
Hasil tak nampak
Tapi ukhuwwah terjalin
Tapi kenangan mencipta memori indah
Tapi usaha membuah iman
Kagumi usaha kalian.Masihkah kau ingat semua ini?
Ingat ini bukan cerita dongeng
Ingat ini bukan kisah orang lain
Ingat ini bukan cerita dahulu berkurun lama
INI CERITA KITA
Di sini kita bermula…Rindu?
Rakan.
Aku takut….Dek mengharungi kepayahan meraih al ijazah kita terlupa tuntutan ar risalah.
Dek menikmati keselesaan hidup kita terlalai dari kepayahan syahadah kita.
Dek merasai kemewahan dunia kita hanyut menjauhi kemiskinan dakwah kita.
Dek kerinduan pada keluarga dan rumah memadamkan bara ukhuwwah fissabilillah.
Rakan.
Aku membicarakan tentang kita.
Andai kau lihat aku menjauhi kerja kita, tegurlah
Andai kau lihat aku lalai dan alpa, kejutkanlah
Andai kau lihat aku sambil lewa, heret dan kerjakanlah.
Filed under: Uncategorized
mantapnya..
salam ziarah dari pelajar di bumi eire.. blog hopping