Soalan skema(SK): Apa itu usroh?
Jawapan skema(JK): Dari segi bahasa maksudnya keluarga. Dari segi istilah kita semua nih ibarat suatu keluarga yang ingin meraih mardhotillah. Dalam satu keluarga kita harus sentiasa bantu-membantu dan saling menasihati. Sebab tu ISHAB kata rukun usroh terdiri daripada Taaruf, Tafahum, dan Takaful.
Masih segar dalam ingatan apabila diperkenalkan dengan term usroh sejak di MRSM. Tapi usroh yang kufahami tika itu jauh bezanya dengan sekarang. Masih kuingat ketika kuditanya oleh HEP terchenta:
Apa objektif usroh yang kamu nak laksanakan ni?
Apa manhaj kamu gune?
Apa kitab kamu refer?
Jawapan ku: Muka tercengang! Otak berputar laju mencari jawapan. Tapi istilahnya terlalu jauh untuk kufahami ketika itu. Tiada jawapan. Namun proposal diterima. Usroh jalan! Tapi apa itu usroh?
Kurang lebih 2 tahun di Qber aku mengenali usroh bersama rakan-rakanku yang diketuai oleh beberapa lepasan maahad. Terlalu thiqoh kepada mereka. Apa saja kata mereka kuterima. Aktiviti yang disangka usroh itu berjalan terus tanpa seorang pon yang benar-benar memahami apa itu usroh! Ikut suka hati. Tiada syllibus. Yang penting ia berjalan dan suka-suka. Hasilnya? Ntah. Aku sendiri sukar memberikan penilaian terhadap usaha tersebut. Moga ada kebaikan dan manfaat bagi setiap insan yang terlibat. Sekurang-kurangnya bagi diriku sendiri, ia menjadi batu loncatan untuk mengenali usroh kini.
Masa terus berlalu dan akhirnnya aku bertemu pula usroh version lain. Setelah sekian lama mengikutinya, aku ditanya secara spontan:
Akram. Apa kamu dah dapat sekarang?
Sekali lagi aku seakan-akan sukar untuk menjawab. Secara jujur aku tidak rasa telah banyak yang ku pelajari. Dalam fikiranku, sepatutnya jika benar-benar mengikuti usroh, semua hukum-hakam telah dikuasai. Semua bidang fiqh sudah aku lalui. Fikirku begitu. Naqibku cuba memberikan jawapan:
Paling kurang pemikiran(fikrah) sudah berubah, betul? Neraca pertimbangan sudah semakin matang dan rasional.
Getus hatiku: Betullah tu tapi jika hanya itu, tak perlu berusroh pun takpe! Seketika merasa kurang yakin dengan usroh. Hanya kerana mungkin tidak melihat ada peningkatan pada diri. Hakikatnya aku bernaqibkan orang yang hebat-hebat belaka. Mereka semua murobbi yang telah banyak melahirkan para mujahid dakwah yang bertebaran dimuka bumi. Malah syllibus yang digunakan bukan calang-calang. Digaris dan dinilai oleh barisan ulama’ terkemuka.
Persoalan penting ketika itu:
Mengapa aku masih di takuk sama sedangkan aku berusroh setiap minggu siang dan malam?
Sepanjang penagalamanku kini, ada beberapa jawapan yang dpat ku berikan:
- Usroh bukan majlis ta’lim. Usroh bukan semata-mata meluahkan ilmu kepada mutarobbi. Tapi usroh membina fikroh. Membina dan membimbing cara fikir yang betul. Melahirkan seorang individu yang mampu untuk meterjemahkan setiap ilmu yang ada kepada amal. Pemahaman yang betul terhadap konsep usorh perlu difahami dengan jelas. Barulah kita dapat merasai roh usroh tersebut. Mentaliti yang salah menyebabkan diri akan sentiasa ragu-ragu dan suka memberontak.
- Usroh bukan magic! Jika hanya mengharapkan naqib yang hebat untuk mengubah diri kita, maka kita berada di tempat yang salah. Bukan naqib yang mengubah kita! Tapi kita yang perlu berubah. Naqib hanya naqib. Membantu memberikan panduan. Ketika naqib itu bergelar naqib, dia juga sebenarnya seorang mutarobbi. Dia berusroh dan mengusroh!
- Tarbiyyah dzatiyyah penting! tarbiyyah kendiri itu lebih utama. Kita perlu menjadi naqib kepada diri sendiri. Perlu lebih proaktif. Perlu merancang pembangunan diri sendiri. Kemudian segalanya dimuhasabah di dalam usroh. Sebab itu kita ada mutabaah amal. Untuk melihat progress diri sendiri.
- Hubungan naqib dan anak usroh bukan sekadar didalam liqo’. Hubungannya perlu setiap masa di mana sahaja. Pernahkah anda saling mendoakan antara satu sama lain? Jika tidak, apa itu nilai ukhuwwah?
Sekadar coretan dikala exam semakin hampir, due kerja juga sudah hampir.
AYUH KE USROH KITA SEGERA!
Filed under: Untukmu Dhuat
senyum..
ayuh!!
usrah2…
ha3…
nak gak!
Apa itu usroh, kadang2 terlintas gak kat dalam kepala otak aku amende la yang budak2 ni buat time usrah? Apsal aku tgk cam xde beza pon budak2 yang g usrah ngan yang x g usrah? Kadang2 tersa lak yang orang yang g usrah ni just amek kesempatan ngan kebaikan abng2 usrah diorang..maybe i’m wrong… just a piece of my thought… bagus usrah ni sebenarnye