Repost AKU DAN KALIAN.

AKU DAN KALIAN

 

Dimanakah cinta kalian

Di kala aku memerlukan

 

Malam hari kalian ke masjid

Sedang di jalanan aku merempit

 

Kalian sibuk bertilawah taranum Al-Quran

Sedang aku dibiarkan tanpa panduan Al-Quran

 

Malam hari kalian bertahajud menyembah tuhan

Sedang aku bersama rakan berpeleseran

 

Heboh kalian bercerita bab kemungkaran

Sedang aku riang ria dibiarkan mencuri sakan

 

Bersusah payah kalian mencari redha tuhan

Hinggakan aku dipandang hina tanpa kasihan

 

Perempuan motor dan rokok menjadi teman

Kerana kalian terlalu agung untuk diteman

 

Ana enta kalian berkasih sayang

Sedang aku berabang sayang

 

Syurga menjadi matlamat kalian

Hingga aku ke neraka kalian lupakan

 

Cinta kepada tuhan kalian kejarkan

Hingga tiada cinta kepada sahabat kalian

 

Adakah cinta dan syurga Allah hanya milik kalian

Sedang aku dibiarkan tanpa tahu kewujudan?

 

Adakah hidup ini hanya kalian dan tuhan

Tanpa ada hubungan dengan persekitaran?

 

Siang malam kalian berusrah meningkatkan iman

Sedang aku berpesta siang malam laki perempuan

 

Adakah keindahan usrah hanya untuk kalian

Sedang aku dibiarkan maharajalela di jalanan?

 

Kalian begitu selesa

Sedang aku sengsara

 

Andai aku ke neraka dan syurga milik kalian

Akan ku ungkit agar aku bertemankan kalian!

 

Ini adalah antara hasil nukilan pertama penulis. Menggunakan pengalaman sendiri dan kaca mata rakan-rakan yang suatu ketika dahulu bergelumang dalam kehidupan caca merba. Penuh kemaksiatan yang menjijikkan. Penuh kejahiliyahan yang bodoh dan dungu.

InsyaALLAH kami sentiasa berdoa agar hidayah yang dianugerahkan tidak ditarik balik oleh Allah swt. Kami tidak mahu lagi berpaling ke belakang melihat dunia kotor yang telah kami tinggalkan sekian lamanya.

Namun di kala kami mula mengorak langkah kedepan. Walau perlahan tapi pasti. Walau penuh berhati-hati tapi yakin. Tetapi di saat dan ketika inilah kami melihat ada yang seolah-olah mahu memilih jalan kami dahulu yang sudah lama ditinggalkan. Memilih jalan jahiliyyah. Jalan jijik penuh dosa. Walaupun setelah mengenal apa itu hidup sebenar. Benarlah kata-kata sang ulama’. Kamu perlu mengenal jahiliyyah! Supaya kamu tidak tertipu dengannya.

Baru di saat ini penulis memahami mengapa Syed Qutb tidak pernah menyesal walaupun dia mula mendapat kesedaran islamik di umur 40 tahun! Kerana setiap langkah hidupnya dia mengenak jahiliyyah yang dapat digunakan untuk sisa hidupnya di kemudian hari. Syukur dia mati sebagai syuhada’.

Bagaimana dengan kita? Adakah sanggup melihat diri kita dan sahabat andai kita terus lalai dan tertipu dengan permainan dan senda gurau dunia?

Benar perlu mengenal jahiliyah tapi tidak bermakna perlu bersamanya!

3 Responses

  1. “Benar perlu mengenal jahiliyah tapi tidak bermakna perlu bersamanya!”

    … Allah yang memilih siapa antara para du’at pada hari ini yang bakal terus kekal di jalan ini pada hari esok…

  2. -Sungguh, tidak ada istilah “cukup” dalam memberi. Lantaran itu, hampir tiada erti rehat dalam kamus hidup pendakwah. Apabila di sini sudah diberi, masih lagi ada yang di sana sedang menanti untuk menerima.-

    H.I
    S, UK.

  3. Andai aku ke neraka dan syurga milik kalian
    Akan ku ungkit agar aku bertemankan kalian!

    subhanallah.

Leave a Reply