Saya sungguh SIBUK!!!

” saya tak nak makan hari ini sebab sibuk!”

“saya tak boleh sembahyang sebab banyak kerja tak habis lagi ni.”

“dah seminggu saya tak tidur sebab nak siapkan project!”

“masa itu cukup genting sekarang, nak minum pun tak sempat ni”

Logik tak kalau seseorang itu tidak makan, tidur, mandi, dan solat hanya disebabkan tidak cukup masa untuk buat kerja lain yang dianggap lebih penting? Contohnya seperti assignment atau individual project.

Nak tak nak manusia tetap akan makan, minum, mandi, dan tidur. Dan bagi yang muslim tentu akan mencari ruang juga agar dapat bersolat. Paling teruk pun pengurusan masa tunggang langgang. Tidur lambat. Makan sambil buat kerja. Mandi kerbau. Solat di akhir waktu supaya dapat sambung terus dengan waktu solat yang seterusnya. Apa-apa pun keperluan asasi itu tidak akan ditinggalkan.

Alasannya? Makan untuk tambah tenaga supaya boleh terus bekerja. Minum supaya dapat kekalkan kesegaran mata dan badan. Tidur untuk rehatkan minda dan badan supaya dapat terus bekerja dengan lebih efektif. Solat sebab memang wajib.

Kita merasakan bahawa makan, minum, tidur dan solat adalah keperluan asasi yang tidak mungkin dapat dinafikan walau sehari pun! Nak tak nak, sibuk tak sibuk, pasti akan buat. Itu fitrah dan naluri manusia. Mahu kenyang dan relaks.

Alangkah indahnya jika kita dapat merasakan dakwah itu sepenting keperluan asasi tadi. Dakwah sama penting seperti makan dan minum. Dakwah sama penting dengan tidur. Dakwah dan solat kedua-duanya wajib!

Jika fanatik bola boleh berslogan ‘makan bola, tidur bola, minum bola’. Kenapa kita tidak boleh menjadi fanatik dakwah? ‘Makan dakwah, tidur dakwah, minum dakwah’. Atau sebenarnya dakwah ini hanya perkara kecil dan sampingan dalam hidup? Atau malu dengan profession dakwah sepenuh masa?

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!(41:33)

Tetapi seseorang benar-benar memahami apa itu dakwah, tidak mungkin akan sanggup mensisihkannya apatah lagi meninggalkannya. Kepala akan sentiasa ligat memikirkannya. Dakwah di mana-mana. 

Tanpa mengira waktu dan masa. Tetap dilaksanakan seperti mana seseorang itu tidak sanggup tidak makan, tidak minum, tidak tidur, dan tidak bersolat dalam sehari. Walau tika senang dan susah. Walau lapang atau sibuk. Walau berwang atau papa. Dakwah ilallah sentiasa di hadapan!

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.(9.41)

JOM DAKWAH!!!

2 Responses

  1. heh.. setuju sgt²… tanggungjawab shahdatul haq ini mesti dilakukan 24 jam sehari semalam..

    tp, dakwah yg kita fhm… luas kan?

    Makan pun utk dakwah, belajar pun utk dakwah… etc

  2. jom dakwah! ^^,

Leave a Reply