Pernah jungle tracking?

Tentunya setiap dari kita pernah merasai keseronokan merentas hutan belantara walaupun penuh dengan cabaran, dugaan dan keletihan. Namun tentunya perjalanan yang panjang dan susah itu mengajar seribu satu pelajaran buat para peserta.

Penulis teringat pengalaman jungle tracking di Teluk Chempedak ketika masih bersekolah rendah. Mengikut ayah yang ketika itu masih begitu aktif dengan Pengakap Kelana A Kuantan.

Ketika melakukan persiapan, penulis cuba membawa sebanyak mungkin bahan kelengkapan; air, makanan, coklat, gula-gula, bekas makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Maklumlah, membayangkan perjalanan yang sungguh jauh dan penuh ranjau. Takut-takut nanti tak cukup kelengkapan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Ayah penulis hanya tersenyum dan membiarkan sahaja penulis menyiapkan barang-barang yang ingin dibawa. Hasilnya: Sebuah rucksack yang penuh dengan segala macam kelengkapan! Macam-macam ada. Seolah-olah pergi mengembara untuk beberapa bulan!

Dipendekkan cerita, walaupun telah bersiap dengan pelbagai kelengkapan seperti makanan dan coklat untuk sumber tenaga, ubatan jika cedera, dan walkman untuk menghilangkan kebosanan, penulis hampir-hampir gagal untuk menghabiskan perjalanan. Kenapa? Alasannya adalah kerana terlalu banyak barang yang dibawa. Bag yang berat menyebabkan penulis cepat letih dan sakit badan! Tambahan pula tidak pernah berlatih dan melakukan sebarang training untuk meghadapai perjalanan yang agak jauh tersebut.

Jadi, walau sebanyak manapun barang yang dibawa belum tentu dapat menjamin kita mencapai destinasi kita. Tetapi kekuatan dan ketabahan diri itulah yang jauh lebih penting dalam menjamin keselamatan dan kejayaan perjalanan kita.

Jadi untuk berjalan jauh, kita tidak memerlukan terlampau banyak barang kelengkapan. Tetapi cukuplah seadanya. Bersederhana dan tidak perlu berlebih-lebihan.

Untuk berjalan jauh, perlu tinggalkan segala benda yang tidak bermanfaat dan tiada kaitan dengan perjalanan kita. Jika tidak, kita telah membebankan diri sendiri.

Itulah PERJALANAN HIDUP KITA. Tentunya kita ada matlamat yang lebih besar dan penting: Berjumpa Allah swt di Syurga kelak. Jika di dunia ini kita pulun habis mencari pelbagai kesenangan dan kemewahan, takut nanti kita tidak larat untuk meneruskan perjalanan menuju matlamat akhir kita.

Bekalan di dunia ini biarlah bersederhana. Sekadar mengikut keperluan dan kemampuan. Dalam pada masa yang sama, lebihkan masa dan tenaga mempersiapkan diri untuk menuju matlamat di hujung sana. Jadilah musafir yang bijak! Barang sedikit tapi cekal. Hanya yang penting di bawa. Selebihnya ditinggalkan.

 untitled1

Dari ibnu umar ra. berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda,” jadilah engaku didunia seperti orag asing atau penyeberang jalan.”

Ibnu umar ra berkata,” Jika kamu berada di sore hari, janganlah menunggu pagi, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu sore, ambillah persiapan saat engkau sihat. Untuk meghadapi masa sakitmu dan saat hidupmu untuk kematianmu.” (HR Bukhari)

 

2 Responses

  1. Salam,

    Mantap analogi disini. Sangat sangat terkesan. JazakAllah.

  2. hurm..

Leave a Reply