APA ITU RUMAH HANTU??

Mode: Bercerita. (terbayang muka seorang anak usrah yang suka berimaginasi,,huhu)

Ada seorang lelaki bernama A mengajak sahabatnya B ke rumah hantu. Rumah Hantu! Biasalah di fun fair atau Genting kan ada Rumah Hantu. Tempat untuk rasa takut-takut dan seram-seram…

A: B jom kita pergi rumah hantu.

B: apa yang ada kat rumah hantu tuh?

A: ada hantulah!

B: best ke?

A: pergi baru tahu!

Maka A dan B pun penuh semangat pergilah ke Rumah Hantu. Setelah hampir setengah jam di dalam rumah hantu tersebut, mereka pun keluarlah.

B: Tak bestlah rumah hantu tadi. Aku tak rasa takut dan seram pun.

A: Eh. Aku rasa bestlah. Terkejut aku dibuatnya. Dia punya suasana dan hiasan dalam tuh pun mantap. Sound system semua hebat. Gelap dan menyeramkan. Tapi yelah, hantu dia x berapa real. Nampak kaku dan tak natural.

——————————————————————————————————————-

Dipanggil rumah hantu kerana adanya hantu didalamnya. Suasana yang seram dan menakutkan. Gelap. Dan bunyi yang meremangkan bulu roma.

Tapi di rumah hantu di funfair, walaupun bunyi, suasana rumah dan sebagainya mantap, tetapi hantu yang kaku dan tidak natural menyebabkan pengunjung merasa bosan dan tidak terhibur. Malah ada yang merasa tertipu. Maka rumah hantu yang mantap perlulah memliki semua ciri di atas. Gelap. Bunyi yang meremangkan bulu roma. Suasana rumah yang menakutkan. Dan hantu yang betul menjiwai peranan dan perasaan hantu.

Tapi persoalannya, bagaimanakah seorang pelakon hantu itu dapat benar-benar menjiwai watak hantu tersebut? Selama ini watak hantu hanyalah dikenali melalui cerita-cerita turun temurun oleh orang yag kononnya pernah melihat hantu. Atau hanya melalui imaginasi yang mungkin tepat mungkin tidak.

MORAL OF THE STORY??

Nama rumah hantu telah dicemarkan oleh orang-orang yang cuba menjadi hantu. Pasti semua hantu marah apabila nama mereka dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjwab ini.

Jadi, hal yang sama juga apabila kita bercakap perihal daulah islamiyah. NEGARA ISLAM. Tidak sewajarnya, sebuah negara Islam itu hanya gah pada namanya sahaja. Juga BUKAN SEKADAR pada ekseorinya sahaja. Sebuah negara itu belum mampu dipanggil negara islam jika hanya mempunyai bank-bank islam, masjid-masjid yang banyak, perundangan islam, orang-orang yang ‘berlakon’ sebagai islam (seperti mana pelakon hantu yang tidak dpat menjiwai watak hantu).

Kenapa begitu? Kerana kita memerlukan semua tenaga kerja yang benar-benar menjiwai apa itu Islam. Dalam kata mudah, kita memerlukan muslim yang mejadikan Islam itu ibarat darah yang mengalir dalam tubuh badan mereka.  Maka mereka inilah yang akan merealisasikan apa itu negara Islam. Mereka inilah yang akan menghidupkan semua eksesori-eksesori yang disebut di atas tadi. 

Kita memerlukan jiwa-jiwa yang akan menghidupkan roh negara islam!

 

 

4 Responses

  1. salam..

    syeikh.. tetibe hantu plak ni? good analogi..

  2. salam bro..
    bagusnya cerita nie…
    doakan kita semua bukan pelakon hantu tue
    mari kita jadi ‘hantu sebenar’

  3. ish, cerita hantu pule kali ni. best analoginye. anyhow, selamat menjiwai watak ‘hantu’ di ‘rumah berhantu.’

  4. Tetibe je tepikir. Engat nak tulis kandang kambing, rumah mayat. Tp mcm bosan je. Cite hantu macam lebih menarik…haih. Sekali sekala buat pelik sket. Pelik2 tp besar mesej nye tuh. Cuma x sempat nak tulis panjang2. Just about 30 mins before class..

    ala kullihal jzkk for all the comments.

    to Mazzein. Bile nak dtg soton ni? ajak naqib dtg. Ckp ana rindu nak berusrah dgn die.. =P

Leave a Reply