Cukup ke usaha kita?? Mereka masih lagi sengsara!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Bersyukur kepada Allah kerana masih memberikan kelapangan masa dan kekuatan tenaga untuk terus beribadah kepada Nya. Moga Allah mengampuni segala dosa dan maksiat yang kita lakukan.

Tanggal 15 may menjadi ingatan buat umat Islam yang prihatin akan bermulanya episod pencabulan hak dan kehormatan Islam di Palestine. Pada 15 may 1948, negara Haram Israel telah diisytiharkan secara rasminya. Dan bermulah episod penindasan dan kezaliman besar-besaran ke atas saudara kita di Palestine. Saban hari, minggu, bulan , dan tahun saudara seislam kita di sana ditindas dengan pelbagai bentuk kezaliman. Diseksa, disekat bantuan makanan, dihalau dari kediaman sendiri, diperkosa dan ditangkap penjara. Maha Suci Allah. Betapa sengsaranya saudara seislam kita disana!

Dengan semangat keprihatinan dan kasih sayang sesama Islam, muslim hari ini akan sentiasa mengenang tarikh tersebut untuk menyedarkan masyarakat dunia umumnya dan umat Islam sendiri khususnya tentang hakikat kezaliman rejim zionis terhadap Umat Islam di Palestine. Pada tahun ini sudah genap 60 tahun pendudukan Yahudi secara haram di tanah suci Palestine. Kalau kita mahu bandingkan dengan negara kita Malaysia yang sudah merdeka hampir 51 tahun, tentunya sudah banyak perbezaannya. Dengan tempoh 51 tahun sahaja kita sudah mampu mengecapi pelbagai nikmat dan kemewahan di negara yang aman dan damai. Dalam tempoh 51 tahun bermakna sudah ada 3 generasi iaitu datuk nenek kita yang berjuang demi kemerdekaan, kemudiannya mak ayah kita yang lahir selepas merdeka dan kini kita pula yang sedang memacu kemajuan negara. Baik, cuba kita bandingkan dengan negara saudara kita di Palestine. Mereka kini sudah hampir 4 generasi yang berada dalam keadaan tertindas. Sudah 4 generasi yang merasai kezaliman rejim Zionis! Sudah 4 generasi merasai keperitan bergelar Muslim! Sudah 4 generasi yang hidup berdodoikan bom dan letupan! Sudah 4 generasi bermain dengan senjata api! Sudah 4 generasi melihat episod pembunuhan di depan mata!

Selama 4 generasi bukanlah suatu tempoh yang pendek. 4 generasi itu terlalu lama. Namun, selama 4 generasi apakah yang dilakukan oleh umat manusia yang bergelar Muslim di seluruh dunia? Kemanakah hilangnya Muslim yang menjadi agama kedua terbesar dunia? Adakah Muslim semuanya sedang tidur dan tidak sedar akan kezaliman selama 4 generasi di Palestine? Adakah umat ISlam berada di negara2 yang tidak mempunyai saluran maklumat sehinggakan tidak tahu perihal di Palestine? Dimanakah kamu semua wahai MUSLIM?? Dimanakah gabungan negara2 Islam OIC yang kononnya mahu menjaga kebajikan umat Islam dunia?? Di manakah hilangnya liga arab yang kasar dan tegas? Apakah semua Muslim hari ini sudah lupa akan isu Palestine??Adakah Muslim hari sudah tidak mahu lagi berjuang demi Palestine??

TIDAK!! Mana mungkin Muslim melupakan kisah tragis ini! Lihatlah dunia, hari ini Muslim akan sentiasa ‘merayakan’ tanggal 15 may sebagai mengenang permulaan kisah tragis terhadap saudara seagama. Pada 15 may pelbagai talk dan ceramah diadakan untuk menyedarkan akan hakikat isu Palestine.

Namun persoalannya adakah cukup dengan hanya mengadakan Hari/Minggu/Bulan Memperingati Saudara Kita DI Palestine?Adakah usaha selama Hari/Minggu/Bulan ini sudah memadai untuk mengarus perdanakan Isu Palestine sehingga mampu menyedarkan seluruh masyarakat sehingga mereka juga sanggup untuk membantu saudara kita disana? Adakah sepatutnya isu Palestine ini diingati hanya pada hari tertentu sahaja?? Adakah begitu sedikit kisah di Palestine sehingga boleh dirumuskan hanya dalam satu atau dua talk yang panjang??

Sedarlah sahabat2ku bahawa saudara2 kita di Palestine menderita sepanjang tahun. Mereka sentiasa menagih simpati dan pertolongan dari kita. Mereka sentiasa menuntut tanggungjawab atas pertalian darah seagama kita. Usahalah selagi mampu. Doakanlah mereka setiap kali kita berdoa. Sentiasalah mengambi tahu akan hal mereka seperti mana kita mahu sentiasa up to date dengan ibu ayah dan keluarga kita. Mereka di Palestine juga saudara kita. Mereka juga mempunyai hak untuk kita sayangi. Usaha dan doalah seolah-olah kaum keluarga kita sendiri yang sedang bertungkus lumus untuk hidup di Palestine sana. Semoga segala usaha dan amal kita mendapat tempat di sisi ALLAH. Amin.

p/s : saya masih belum berkemampuan untuk tulis artikel palestine sendiri. So boleh lah lawat laman web di bawah yang sedikit sebanyak memberikan info palestine.

http://www.palestinkini.info/

http://msmsoton.wordpress.com/2008/04/26/60-tahun-nakbah-palestin/

http://www.youtube.com/watch?v=WsEnLfnIz2s

http://maszleemalik.blogspot.com/2008/03/fatwa-halalkan-darah-warga-arab.html

http://satuperkongsian.wordpress.com/2008/05/15/nakbah-60-tahun/

http://msmcork.wordpress.com/2008/05/15/60-tahun-nakbah-palestine/#more-322

http://inijalanku.wordpress.com/2008/05/12/60-tahun-penjajahan-israel-1551948-2008/#more-298

http://msmlondon.wordpress.com/2008/03/20/iktibar-kemenangan-hamas-apakah-faktor-kerajaan-hamas-bertahan-sehingga-saat-ini/#more-137

Moga bermanfaat!

Wassalam.

 

Leave a Reply