Aduhai Mutiara Yang Hilang.

cincinabu.jpg

Dengan nama Allah yang maha pengasih maha penyayang.

Sekali lagi marilah kita bersama-sama mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kita kepada Allah yang telah memberikan hidayah kepada kita. Memilih kita untuk hidup di dalam sistem hidup Islam yang syumul. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi saw yang bersusah payah menyampaikan dakwahya hingga kita harini mampu untuk berbangga dengan Islam.

Suatu ketika dahulu Islam dipandang tinggi dan hormat oleh dunia dek kemajuan dan keberanian umat Islam. Namun hari ini entah mengapa umat Islam dipandang serong dan hina. Malah dunia tidak memandangkan Islam sebagai sesuatu yang menguntungkan. Apa yang dilihat adalah kerugian semata-mata. Islam menindas wanita. Islam mengajarkan peperangan. Islam menyebabkan manusia mundur. Islam anti kepada sosial. Apa sahaja yang yang buruk pasti dikaitkan denagn Islam. Hinggakan ada saranan untuk menghapuskan Islam yang kononnya radikal dan mengancam dunia. Malah Islam disamakan dengan ideologi yang dibawa oleh hitler dan sebagainya. Buktinya adalah lahirnya filem Fitna yang cuba memaparkan segala keburukan dan keganasan Islam. Astaghfirullah hal azim.

Sungguh kasihan masyarakat bukan Islam kerana mereka mendapat tafsiran yang salah tentang Islam. Namun adakah wajar untuk meletakkan 100% kesalahan ke atas mereka(kaum kafir) di atas ketidakcaknaan mereka terhadap Islam? Adakah mereka sememangnya layak untuk menerima tentangan daripada kita? Rasanya yang lebih patut dan wajar untuk dipersalahkan adalah umat Islam sendiri. Jika kita menganalisa kembali kehidupan umat Islam hari ini, kita seperti sudah jauh dari Al-quran dan As-sunnah. Kehidupan tidak lagi berlandaskan kepada tuntutan Allah. Malah menyimpang jauh. Hakikat yang sungguh menyedihkan! Secara logiknya, bagaimana mungkin orang bukan Islam dapat melihat keindahan dan kecantikan Islam jika bukan umat Islam sendiri yang mempertontonkannya. Hari ini masyarakat bukan Islam hanya mampu melihat keburukan umat Islam(bukan keburukan agama Islam). Cubalah selami masyarakat Islam yang mana gejala sosial semakin menjadi-jadi. Budaya hedonisme semakin menular dengan lajunya dalam masayrakat Islam. Kelihatannya strategi musuh Islam semakin berjaya. Usaha mereka menjauhkan umat Islam dari Al-quran dan As-sunnah semakin menampakkan hasil. Malah lebih memberansangkan apabila umat Islam seperti terkena pukau. Tidak menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan.

Hakikatnya, umat Islam dewasa ini sudah alpa akan maha pentingnya mempelajari dan mendalami ilmu agama. Mereka lupa akan untuk mempersiapkan senjata dan pertahanan yang mantap untuk menghadapi serangan jahiliyyah yang sungguh kuat. Sepatutnya umat islam perlu sedar akan risiko larut dalam jahiliyyah dan kebatilan jika benteng diri tidak diperteguhkan. Iman perlu sentiasa diharmonikan dengan zikrullah(memperingati ALLAH) setiap masa agar diri cepat tersedar apabila kebatilan cuba menyerap masuk ke dalam diri. Jika diri diajar untuk sentiasa mengingati ALLAH maka kebatilan akan cepat terserlah dan diri akan mampu membuat keputusan yang pintar dan rasional.

Di sini penulis suka untuk berkongsi pengalaman dan pendapat ketika belajar di luar negara. Memang diakui betapa kuatnya dugaan berada di negara yang rata-ratanya adalah bukan Islam. Kehidupan mereka penuh dengan kebatilan dan maksiat. Arak dan zina adalah suatu yang lumrah di negara kafir ini. Pergi ke pub dan disko bukan merupakan aktiviti apabila lapang, bahkan merupakan suatu budaya dan adat! Malam rabu dan malam minggu adalah waktu mereka berpesta hingga mabuk-mabuk. Dengan keadaan dan suasana seperti ini tentunya sukar bagi seorang muslim itu untuk mempertahankan pegangannya jika tidak dilatih dan dibentuk dengan asas aqidah dan kefahaman yang mantap. Pengalaman penulis yang masih lagi baru di UK ini telah melihatsendiri betapa ramainya rakan-rakan Muslim yang telah kalah dalam pertempuran haq dan batil ini. Betapa ramai yang telah gugur dan terlarut di dalam arus kemaksiatan. Naudzubillahimin zalik… Ya Allah yang membolak-balikkan hati manusia, ko teguhkanlah pegangan kami. Ko berilah petunjuk hidayahmu kepada kami.

Baru-baru ini penulis terbaca akan kisah seorang genius yang dahulunya terkenal kerana mampu memasuki universiti terkenal didunia pada umur yang sangat muda. Penulis merasa amat sedih namun tidak terkejut dengan berita tersebut. Itulah hakikat pahit yang perlu ditelan jika hidup di kalangan kafir tanpa membawa sebarang pegangan yang kukuh. Pertamanya sebelum pergi lebih jauh penulis suka mengingatkan diri sendiri dan para pembaca bahawa menuduh seseornag yang berzina itu menuntut tanggungjawab yang maha berat. Kita memerlukan bukti dan saksi sebelum berani menuduh perlakuan zina atas seseorang. Berita akan pelajar perempuan genius yang kini hidup hina menjual diri adalah bersumberkan kepada berita yang dikeluarkan oleh sebuah surat khabar di uk tulisan seorang wartawan bukan Islam. Tiada bukti lengkap dan 4 orang saksi yang tampil untuk mengesahkan hal ini. Boleh jadi berita ini sengaja diada-adakan dan mempunyai tujuan disebaliknya. Wallahualam(dan ALLAH yang maha mengetahui). Penulis sekadar mahu para pembaca bersikap hati-hati dan matang. Seorang muslim yang wara’(menjaga diri) akan sentiasa menyiasat kesahihan berita yang didapatinya. (perhatikan firman Allah 49:6,24:15)

Berita perihal gadis malang itu sungguh menyayat hati. Sungguh sedih mengenangkan rakan seagama sanggup melakukan perbuatan tersebut. *(penulis menulis dengan anggapan berita tersebut adalah benar. Tidak berniat untuk memburukkan keadaan apatah lagi menghina mangsa tersebut. Apa yang diharapkan adalah kita dapat mengambil pelajaran.) Kemanakah hilangnya nilai-nilai murni yang diajar oleh Islam. Hari ini sekali lagi Islam dicerca dek kelalaian umatnya. Adakah kita mahu menjadi penyebab kepada Islam dicerca sedangkan Islam intu sunggih indah dan mulia ajarannya? Dengan kata lain adakah kita mahu indirectly memfitnah agama kita sendiri? Hari ini seluruh dunia seolah-olah menyindir nasb malang gadis tersebut kerana perbuatan terkutuknya. Namun adakah kita sedar akan kelakuan kita sebelum ini yang mingkin menyumbang kepada memburukkan Islam? Sebelum kita menghukum perbuatan orang lain, elok juga kita menghisap diri kita terlebih dahulu.

Selain itu, kita juga perlu mengambil pengajaran dari kisah ini, bahawa sebelum berani melangkah ke luar negara, persiapan mental dan rohani juga pelu mantap di samping keperluan fizikal. Rata-rata suasana yang berlaku adalah ibu bapa sibuk menyediakan bahan makanan segera dan keperluan fizikal lain kerana takut anak mereka tidak dapat hidup di tempat orang. Kadang kala ibu bapa terlupa mengingatkan anak-anak akan persiapan rohani. Mungkin juga berlaku Al-Quran terlupa dibekalkan kepada anak untuk santapan rohani bagi mengisi kekosongan jiwa ketika berada di perantauan nanti. Bagi pengalaman penulis berada di perantauan ini, makanan dan keperluan asas yang lain adalah tidak menjadi masalah sangat. Namun apa yang crucial adalah mencari buku-buku agama untuk menjadi santapan rohani. Sebaiknya ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang baik untuk anak-anak yang ke luar negara agar dapat membina pegangan yang kukuh dan mantap.

Pengajaran yang lain adalah pentingnya berada di dalam satu komuniti yang mampu mengingatkan satu sama lain. Komuniti yang mempunyai kesedaran untuk menjaga antara satu sama lain agar tidak terpesong dan terlarut dalam kancah maksiat. Penulis difahamkan bahawa kini kebanyakan negara mempunyai usrah mereka sendiri. Maka penulis merasakan bahawa pentingnya setiap pelajar yang berada di luar negara untuk berada dalam sistem usrah agar terjaga diri. Terdapat segelintir pelajar yang merasakan diri mereka sudah cukup mantap hinggakan tidak mahu turut sama menghadiri usrah(perjumpaan) yang diadakan. Sebenarnya, tujuan usrah diadakan adalah untuk saling mengingatkan diri kita akan tanggungjawab dan hakikat kita sebagai seorang muslim. Di samping itu, usrah juga diharapkan agar kita mampu membina diri dan memertingkat amalan kita dari sehari ke sehari. Kita perlu sedar bahawa usrah adalah give and take. Jika diri kita lemah maka kita bergantung kepada usrah untuk membentuk diri kita. Jika kita hebat ilmunya dan amalnya maka kita perlu membantu rakan-rakan lain pula. Begitulah kitarannya.

Pengajaran ketiga dari kisah gadis malang tersebut adalah kita semua adalah manusia yang Allah jadikan tidak lekang dari melakukan kesilapan. Kita perlu sedar bahawa Allah itu maha penyayang dan maha pengasih. Jika berlaku musibah atau diri lalai melakukan maksiat, maka bersegeralah bertaubat. Penulis teringat hadith nabi ketika mana isteri baginda, Aisya dituduh curang (ketika pulang dari perang ke Madinah) ;

‘O ‘aisha! I have been informed such-and-such about you; if you are innocent, then Allah will soon reveal your innocence, and if you have committed a sin, then repent to Allah and ask Him to forgive you, for when a person confesses his sin and asks Allah for forgiveness, Allah accepts his repentance.’

Maksudnya sejauh manapun dosa yang kita lakukan, selagi mana tidak syirikkan Allah, insyaALLAH akan diampunkan jika kita benar-benar ikhlas dan bertaubat.

Semoga artikel yang panjang dan meleret2 ini bermanfaat kepada semua. Agar membuahkan amal dan membentuk pemikiran yang matang dan rasional.

wassalam.

Leave a Reply