ANTARA DUA CITA-CITA.

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

Setinggi kesyukuran dan penghargaan kepada Allah swt yang telah memberikan pelbagai nikmat dan hidayah kepada kita umat manusia. selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi saw yang telah membawa cahaya rahmat ke seluruh pelusuk alam. Moga jejak langkah beliau akan dapat kita ikuti dengan sebaiknya.

Ya Allah sesungguhnya kami hamba mu yang hina amat berharap akan pertemuan dengan mu di SYURGA kelak. Ya Allah tuhan kami yang esa, ko ampunilah segala dosa2 kami dan kau thabatkan kami di atas din yang benar ini, kau limpahkan kami dengan hidayah dan rahmat dan janganlah kau tarik kembali segala nikmat yang telah kau berikan. Ya Allah, putuskan nyawa kami di dunia ini dalam keadaan kami hanya meredhai kau sebagai rabb. amin ya ALLAH.

Kita adalah manusia. Sesungguhnya manusia merupakan makhluk ciptaan ALLAH yang paling teristimewa. Sangat berbeza dan jauh teristimewa jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Sesungguhnya setiap kejadian itu dijadikan ke dalam Islam. Setiap sesuatu makhluk itu pasti dan pasti mengetahui dan mengiktiraf hanya ada satu sahaja tuhan yang wajib disembah. Setiap makhluk itu adalah ISLAM kerana setiap makhluk akan tunduk dan patuh kepada perintah ALLAH dan tidak boleh mengengkari laranganNya.

Manusia sebaik-baik kejadian diberikan AKAL fikiran supaya mentadbir dan memakmurkan alam ini juga mempunyai nafsu dan qalbu.

AKAL, QALBU dan NAFSU. Ketiga-tiga makhluk ini juga merupakan nikmat ALLAH yang sangat tidak terhingga. Tidak mungkin kita dapat mengira seluruh nikmat pemberian ALLAH. Allah memberikan kita akal agar kita mampu berfikir dan membuat keputusan. Dengan akal, manusia mampu membezakan yang baik dan buruk. Dengan akal, manusia mampu untuk menilai yang haq dan yang batil. Dengan akal, manusia mampu menaik tarafkan hidup mereka. Dengan akal, Allah meletakkan jawatan khalifah kepada manusia untur mentadir makmur seluruh alam. Sekali lagi ALLAH memberikan nikmat yang amat-amat bernilai kepada manusia. Allah menganugerahkan qalbu kepada manusia agar merasai kehadiran ALLAH. Qalbu diberikan agar merasai betapa manisnya iman. Qalbu membenarkan umat manusia merasai kasih sayang. Dengan qalbu manusia mampu menyayangi antara satu sama lain. Allah yang maha pengasih memberikan umat manusia nikmat nafsu. Nafsulah yang menjadikan manusia berkeinginan. Nafsulah yang menjadikan manusia bercita-cita. Nafsulah yang membuatkan manusia bergerak dan tidak statik. Cuba bayangkan jika manusia makan tanpa nafsu. Bayangkan suami isteri tanpa nafsu. Bayangkan kanak-kanak yang tidak bernafsu kepada permainan. Bayangkan manusia yang tidak bernafsu kepada kehidupan yang senang dan tenang. Bayangkan seorang pelajar yang tidak bernafsu kepada pelajaran. Bayangkan diri anda tidak bernafsu langsung! Kehidupan yang sungguh bosan dan statik. Para pemimpin menjadi layu lemah tidak bermaya. Para pendakwah tidak mengejar mad’u(orang yang didakwah). Tanpa nafsu bagaimana mungkin manusia mampu mentadbir dan memakmurkan alam.

Namun betapa cantik ALLAH menjadikan alam ini. ALLAH menjadiakan manusia ini dalam keadaan akan sentiasa adanya pertempuran antara tarikan iman dan tarikan hawa nafsu. Tanpa pertemuran ini pasti alam tidak seimbang. Ketidakseimbangan alam menyebabkan alam akan punah rosak dan bencana berlaku. AKAL, QALBU, dan NAFSU. Kita telah memahami bahawa 3 nikmat ini merupakan suatu hadiah tidak terhingga kepada umat manusia. Kita juga memahami bahawa akan sentiasa berlaku pertempuran antara tarikan iman dan hawa’ iaitu senang disebut tarikan haq dan batil. Disebalik kebaikan dan kepentingan AKAL, QALBU, dan NAFSU, manusia tidak pernah dapat melarikan diri daripada kufur kepada nikmat-nikmat tersebut. Manusia akan lalai alpa lalu menggunakan akal sewenang-wenangnya mengikut hawa nafsu. Pelbagai ciptaan dan teknologi canggih manusia ‘cipta’ hanya semata-mata kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu mereka. Tidak lupa juga manusia yang berusaha berfikir siang dan malam untuk mencipta undang-undang dan peraturan etika agar seiring dengan tuntutan nafsu mereka. Sementelahan itu, manusia juga akan kadangkala mengikut hawa nafsu mereka tanpa melalui proses pertimbangan akal yang waras dan rasional. Pembunuhan kerana dendam, hubungan di luar nikah, pengkhianatan saudara sendiri membuktikan kadangkala manusia yang istimewa ini dikuasai hawa nafsu melebihi pertimbangan akal. Tidak dilupakan juga qalbu yang cantik dan indah ciptaan ALLAH ini jugalah yang menjadikan manusia kufur dan mengengkari ALLAH yang maha agung. Kita menyebut bahawa semua makhluk itu dilahirkan di dalam keadaan ISLAM iaitu tunduk dan patuh kepada ALLAH swt. Tiada satu pun makhluk yang tidak ISLAM. Namun qalbu didalam diri manusia itu merupakan satu pemberian ALLAH yang dibenarkan untuk memilih antara islam atau kufur. Tanpa dorongan dan panduan daripada ALLAH swt, qalbu akan menyesatkan manusia. Setelah mengenali betapa mulia dan baiknya AKAL,QALBU, dan NAFSU, kini kita menyedari pula betapa buruk dan hinanya makhluk ini jika nikmat pemberianNya tadi tidak digunakan selaras dengan kehendak ALLAH yang maha agung.

Maka manusia yang tidak berfikir panjang akan cepat menunding jari menyalahkan ALLAH kerana mencipta pertempuran haq dan batil. Manusia seperti ini sebenarnya merupakan manusia yang tidak matang dan tidak mahu berfikir. Maha suci ALLAH dari segala tohmahan. Maha adil ALLAH dalam menjadikan makhluk ciptaaNya. Marilah kita kembali mengamati sirah nabi saw junjungan kita. Jika kita berusaha memahami sirah, kita akan menyedari bahawa ketika mana umat manusia di zaman jahiliyah yang sedang larut di dalam kesoronakan hidup yang tidak syarie , Nabi telah diutuskan dengan membawa petunjuk ke seluruh alam. Nabi diutuskan agar membetulkan kembali aqidah umat manusia. Nabi diutus untuk mengajar cara hidup yang dikehendaki oleh ALLAH. Nabi diutus agar manusia memahami hakikat diciptakan dan dibiarkan hidup di muka bumi. Nabi diutus membawa bersama AL-Quran dan As- sunnah sebagai panduan dan petunjuk kepada seluruh umat manusia. Jangan lupa bahawa bekalan untuk perjalanan musafir di atas dunia yang pendek dan cepat ini adalah Al-quran dan As-sunnah yang sudah pasti cukup dan memadai. Maka marilah kita bersama-sama menghisab diri. Betapa banyak usaha yang telah dilakukan untuk memahami agama Islam yang kita anuti. Apakah usaha kita? Apakah perancangan kita untuk memahami kekasih(allah) kita? Adakah kita membaca Al-quran dan Hadith setiap hari? adakah kita cuba memahami kandungan Al-quran dan hadith? Adakah kita cuba menghafal mereka agar sebati dengan kehidupan kita? adakah…?Adakah…? Adakah…? Hisablah diri kita selagi mampu agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Juga kita patut memikirkan apakah tahap iman kita setiap masa. Iman manusia itu sentiasa naik dan turun. Manusia perlu sedar hakikat ini. Manusia tidak dapat menandingi malaikat yang tidak pernah ingkar kepada ALLAH. Manusia tidak mampu untuk mengkakukan iman mereka tanpa jatuh seperti malaikat. Ingatlah kisah Handzalah yang lari menangis kerana merasakan diri munafik ketika mana imannya turun.(subhanallah betapa hebat iman sahabat yang amat prihatin terhadap kesihatan iman). Sekali lagi, marilah kita meghisab diri.

Kembali kepada kepada perbincangan AKAL,QALBU, dan NAFSU. Dan juga pertempuran haq dan batil. Adakah kita sedar bahawa manusia yang mempunyai pelbagai nikmat ini sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang maha berat? Adakah kita pernah terfikir bahawa nikmat AKAL yang tiada pada haiwan mahupun tumbuhan itu sebenarnya menuntut sesuatu daripada kita? Allah sendiri telah mengumumkan kepada malaikat yang mulia bahawa manusia akan diutuskan ke dunia untuk menjadi khalifah! Adakah ayat 30 di dalam surah al-baqarah tidak pernah menyentuh hati kita? Ya ALLAH ampunilah dosa kami. Di dalam ayat tersebut ALLAH menyebut dengan jelas bahawa manusia ini diciptakan dan diutus ke dunia dengan membawa peranan sebagai khalifah untuk mentadbir dan memakmurkan alam. Di dalam ayat yang seterusnya pula Allah menceritakan kepada para malaikat bahawa Allah telah menganugerahkan ilmu kepada manusia agar mereka mampu mentadbir alam. Maka disini kita melihat betapa Allah memberikan kita akal agar kita mampu berfikir dan menjalankan tugas sebagai khalifah. SEBENTAR!!! Adakah menjadi khalifah hanya sekadar menaikkan khilafah? Atau sekadar mengumumkan jawatan maha berat tanpa sebarang persediaan? Adakah juga mentadbir alam dan memakmurkannya hanya sekadar cukup mendalami ilmu fiqh, aqidah, tauhid dan bahasa arab?? TIdak! Bukan begitu. Allah memberikan kita akal yang maha hebat. Akal ini perlu dilatih dan dibentuk. Maka menjadi fardu kifayah kepada setiap insan itu untuk menguasai sesuatu bidang yang membolehkan kita mentadbir alam. Ini adalah hujah kita untuk menguasai semua bidang ilmu baik kejuruteraan, perubatan, ekonomi, politik, dan sebagainya. Kita perlu memahami bahawa alam ini mempunyai sunnatullah. Kita perlu mengejar ilmu untuk mentadbir alam. Dalam dunia serba moden ini mungkin kita simbolikkan bahawa kita perlukan kepada ijazah!

Sekali lagi kita kembali kepada kepada perbincangan AKAL,QALBU, dan NAFSU. Dan juga pertempuran haq dan batil. Di awal perbincangan tadi kita telah melihat bagaimana nikmat yang tidak mempunyai petunjuk akan disalahgunakan hinggakan mampu menyesatkan manusia. Kemudiannya kita menyedari bahawa manusia itu mempunyai tanggungjawab untuk menjadi khalifah. Namun kita tidak boleh alpa dan lalai akan pertempuran haq dan batil yang telah kita bincangkan tadi. Menjadi khalifah di bidang material semata-mata adalah tidak mencukupi. Menjadi khalifah juga menuntut kita umat manusia untuk menyedari akan pertempuran haq dan batil(perhatikan pesanan ALLAH kepada nabi daud didalam38:26). Menjadi khalifah menuntut kita umat manusia untuk menyedari hakikat bahawa ’sahabat sepanjang masa’(ie syaitan) tidak berhenti mengganggu hidup anak Adam. Maka apabila kita telah dianugerahkan nikmat AKAL, QALBU dan NAFSU maka kita perlu menjaga iman kita dan umat manusia yang lain agar tida terlalai dan leka dengan kehidupan. Dalam menjaga iman kita, kita perlu menyedari bahawa kita mempunyai risalah islam sebagai panduan. Segala puji bagi ALLAH. Maka di sini kita simpulkan pula bahawa kita perlu mengejar dan menyampaikan risalah! Apakah menyampaikan risalah??hayatilah petikan ayat 41:33. “dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH dan mengerjakan kebajikan dab berkata’ sungguh, aku termasuk orang-orng muslim’”.

Ijazah vs Risalah. Tiada salah satu perlu dikorbankan. Malah kedua-duanya perlu seiring dan sejalan agar mencapai redha ALLah. Moga ALLAH mengganjari kita dengan pertemuan denganNYA di syurga kelak. Amin ya ALLAH.

(semoga bermanfaat dan membuahkan amal.)

One Response

  1. Subhanallah, a meaningful start! Keep on writing insyaAllah.

Leave a Reply